Pandangan McKenzie terhadap Linley serta-merta berubah.
"Haha…" Selepas terdiam buat beberapa ketika, McKenzie ketawa berdekah-dekah. Dia turun dari langit dan perlahan-lahan berjalan menghampiri Linley. Sikapnya lebih ramah dan mesra. "Linley, ahli sihir genius yang menjadi legenda. Kononnya genius kedua terbaik dalam sejarah. Tapi pada pendapat saya, bakat kamu sebagai seorang pahlawan lebih hebat daripada ahli sihir. Mencapai kuasa tahap Dewa dalam usia semuda ini… Pahlawan Berdarah Naga benar-benar Pahlawan Terulung."
Linley sangat bangga dengan warisan keturunan puaknya. Namun setiap kali dia teringat puaknya yang telah pupus melainkan dia dan adik lelakinya, hatinya pilu seperti ditusuk sembilu.
"Encik McKenzie, ada apa-apa lagi yang kamu mahu katakan? Kalau tiada, saya mahu pulang sekarang," ujar Linley.
Unterstützen Sie Ihre Lieblingsautoren und -übersetzer bei webnovel.com