Di dalam Hotel Huadeli.
Linley, George, Yale, dan Reynolds sedang duduk di meja yang dipenuhi lebih sepuluh jenis sajian mewah. Selain sajian-sajian tersebut, terdapat wain buah-buahan, minuman keras dan pelbagai minuman lain. Sekarang, empat sahabat itu sedang menikmati wain dan berbual kosong sambil bertukar berita.
"Linley, kamu patut hadiri penilaian tahun lepas sebelum pergi ke Banjaran Gunung Makhluk Ajaib. Tahun lepas, Dixie telah disahkan mencapai tahap keenam. Tapi kamu langsung tak datang. Ada yang kata kamu telah ketinggalan. Hanya kita berempat yang tahu sebenarnya kamu telah mencapai tahap keenam lama dulu," rungut Reynolds.
Linley meneguk segelas wain dan ketawa kecil.
Ahli sihir tahap enam?
Unterstützen Sie Ihre Lieblingsautoren und -übersetzer bei webnovel.com