webnovel

Sekawanan Serigala (Bahagian 2)

Redakteur: EndlessFantasy Translation

Linley dikelilingi kira-kira dua puluh ekor Serigala Angin dan hampir seratus Bilah Angin hijau yang disasarkan ke arah Linley, menghalangnya daripada melarikan diri.

Tiada jalan untuk melarikan diri!

Linley tiba-tiba bergerak. Dengan kelajuan pantas, dia mendarat di atas tanah. Seperti anak panah, dia terbang ke udara dengan niat untuk mendarat di sebatang dahan pokok yang kuat. Akan tetapi, disebabkan terlalu banyak Bilah Angin, sepuluh daripadanya mengena badan Linley.

*Swish! Swish! Swish!*

Bilah-bilah Angin mengelar perisai kulit Linley, menyebabkan dia terpesong dari haluannya di udara. Linley terkial-kial mencapai sebatang dahan pokok besar. Selepas membuat balik kuang, Linley berjaya mendapat di atas dahan dan mula memanjat pokok itu. Selepas memanjat dua ke tiga puluh meter tinggi, barulah Linley berhenti dan melihat ke bawah.

'Ini sangat bahaya.'

Linley kelelahan. Pada masa ini, badan Linley dilitupi dengan lapisan perisai batu yang dibaluti lapisan intipati unsur tanah yang memancarkan cahaya batuan samar-samar.

Sihir unsur tanah, Pengawal Bumi!

Sihir Pengawal Bumi hanya boleh dilaksanakan oleh ahli sihir tahap kelima. Apabila ahli sihir tahap kelima dan keenam menggunakan sihir ini, mereka perlu menggunakan sejumlah besar intipati unsur tanah untuk membentuk perisai batu yang mempunyai kebolehan pertahanan yang kuat. Ia mampu menahan beberapa serangan daripada pihak lawan yang mempunyai tahap yang sama.

Mantera Bilah Angin hanya memerlukan kekuatan tahap ketiga atau keempat sahaja.

*Hoooo!* Lolongan kuat bergema di udara.

Linley merenung ke bawah dan nampak angin mula berkumpul di bawah kaki dua puluh ekor Serigala Angin itu. Semuanya tiba-tiba melompat bersama kedua ketuanya yang melompat setinggi sepuluh meter. Ia mendarat di atas dahan pokok yang besar. Cakar miliknya yang kuat itu dibenam ke dalam dahan, menstabilkan kedudukannya.

Serigala Angin mempunyai deria imbangan yang luar biasa. Oleh itu, memanjat bukan sesuatu yang sukar buatnya.

'Aku tak takut kamu semua boleh memanjat pokok. Aku cuma bimbang kamu tak mampu memanjat ke atas.' Linley merasakan darahnya mula mendidih. Semakin bahaya situasi yang dihadapi, semakin tinggi kebarangkalian untuk maut, semakin Linley berasa teruja.

Dalam aspek kebolehan memanjat, Serigala Angin sedikit takut dengan manusia. Linley dengan tangkas melompat dari satu pokok ke pokok yang lain, sementara sekawanan serigala itu melolong dengan berang lalu turut mengejar.

Di kawasan luar Banjaran Gunung Makhluk Ajaib, sekawanan Serigala Angin ialah sebuah organisasi yang paling kuat. Malah kebanyakan pahlawan tahap keenam apabila berhadapan dengan sekawanan Serigala Angin, pasti akan mengundurkan diri. Lagipun, tidak kira sekuat mana pun seseorang itu, secara fizikalnya badan pahlawan tahap keenam tetap tidak dapat menahan serangan daripada cakaran Serigala Angin.

Linley dan dua puluh Serigala Angin mula bermain sembunyi-sembunyi di sebalik pokok. Dua ketua Serigala Angin lebih pantas daripada Linley jadi Linley tidak mempunyai pilihan selain mengubah haluan untuk mengelak. Tiba-tiba, ketua Serigala Angin itu menembak Bilah Angin yang banyak yang memaksa Linley mengubah haluan untuk mengelak serangan tersebut.

*Derak!* Sebatang pokok ditebang Bilah Angin tersebut. Pokok itu mula tumbang.

*Derak!*

Cakar salah seekor Serigala Angin yang berada di hadapan terkena belakang Linley. Perisai Pengawal Buminya bergetar beberapa kali. Intipati unsur miliknya bercahaya dan berkelip-kelip.

*Derak! Derak! Derak!*

Ketua Serigala Angin itu terlalu pantas dan sangat lincah. Cakarnya yang tajam itu banyak kali terkena belakang Linley, termasuk kepala dan bahagian tubuh lain. Nasib Linley baik, disebabkan perisai Pengawal Bumi dibentuk daripada intipati unsur, bentuknya boleh dimanipulasikan. Linley kini menggunakannya sebagai helmet. Namun begitu, disebabkan serangan bertubi-tubi ketua Serigala Angin intipati unsur di bahagian atas kepala Linley mula malap.

'Ketua Serigala Angin ini terlalu laju. Perisai Pengawal Bumi tak akan dapat bertahan lama.'

Sambil mengetap giginya, Linley memanjat semakin tinggi. Dari segi berat, Linely lebih ringan daripada Serigala Angin dan kebolehan memanjatnya juga jauh lebih baik. Sewaktu Linley tiba di ketinggian kira-kira lapan puluh meter, Serigala Angin itu tidak boleh memanjat dengan lebih tinggi lagi. Apa yang mampu ia lakukan ialah melontar satu demi satu Bilah Angin ke arah Linley. Linley cuba mengelak sebaik mungkin. Jika dia tidak mampu mengelak, barulah dia menggunakan perisai Pengawal Bumi untuk menahannya.

'Jika kamu jatuh dari ketinggian itu, bukankah kamu akan mati?' Linley membaca mantera sihir. Berupaya mengekalkan ketenangannya semasa berhadapan situasi bahaya merupakan suatu pencapaian yang diperoleh hasil latihan ketahanan mental yang berterusan.

*Derak!*

Bilah Angin sekali lagi menyerang perisai Pengawal Buminya. Sememangnya hampir musnah, perisai Pengawal Bumi akhirnya pecah berderai kepada bintik-bintik intipati unsur, berkilauan di udara. Bilah itu diikuti dengan bilah lain, yang dapat dikesan oleh Linley dengan segera.

'Kebanyakan mantera Bilah Angin daripada Serigala Angin ini ialah mantera ahli sihir tahap ketiga. Ia tak boleh membunuh aku, memandangkan aku seorang pahlawan tahap keempat.' Linley meneruskan bacaan mantera sihir dan membiarkan bilah-bilah angin itu mengelar badannya. *Swish swish* Darah terpancut dari kelaran tersebut. Luka yang mengerikan muncul di dada Linley, mengalirkan darah segar.

Linley berkerut sedikit kemudian meneruskan bacaan mantera sihir.

*Whoosh! Whooshh! Whooshh!*

Lebih seratus batu tajam bergabung, berkilauan dengan intipati unsur tanah. Ketulan batu yang padat itu dilontarkan ke arah semua dua puluh ekor Serigala Angin. Tiga puluh ketul batu ditumpukan ke arah kepala dua ekor ketua kawanan itu. Kedua-dua ketua Serigala Angin itu jatuh ke tanah. Batu-batu tersebut terlalu padat. Dengan setiap bunyi hentaman, satu persatu Serigala Angin itu jatuh ke tanah. Dahan-dahan pokok yang dilanggarnya turut jatuh ke bawah.

Selepas diserang teknik ini, kebanyakan Serigala Angin itu jatuh ke atas tanah. Namun begitu, Serigala Angin ini makhluk yang sangat tangkas, bulunya juga tebal. Walaupun ia dihentam sehingga jatuh, kebanyakannya berjaya membenam cakar mereka di dahan pokok sementara yang lain hanya mengalami kecederaan ringan. Tiada seekor pun daripadanya yang mati.

'Kecederaan ini nampak teruk tetapi sebenarnya hanya kulit saja yang cedera. Tetapi, aku tak boleh biarkan darah terus mengalir seperti ini.' Tangan kiri Linley tiba-tiba mengeluarkan api dan dia menekan ke kawasan lukanya. Bunyi bergemeretak kedengaran. Linley menggerenyet dan menarik nafas dalam. Bau seperti daging masak keluar dari dada Linley. Begitulah Linley menutup lukanya dengan api, meninggalkan parut yang sangat hodoh.

Sambil menutup lukanya, Linley mengambil kesempatan itu untuk melarikan diri. Dia melompat dari satu dahan ke satu dahan lain. Dalam sekelip mata, dia telah berada jauh dan melompat ke atas tanah. Linley jatuh dari ketinggian lapan puluh meter tetapi badannya diselubungi sebuah aliran udara memperlahankan kelajuan jatuhnya. Apabila dia tiba di atas tanah, Linley selesai membaca mantera yang lain.

Sekawanan Serigala Angin masih mengejarnya dan tidak lama kemudian, ia berada semakin hampir dengan Linley.

Dua ketua Serigala Angin ialah yang pertama menghampiri. Melolong, ia merenung Linley. Ada kecurigaan pada mata dinginnya itu. Mengapa Linley berhenti melarikan diri? Makhluk ajaib yang mempunyai kepintaran yang tinggi itu mengesyaki bahawa Linley telah memasang beberapa perangkap.

*Grrr...* Salah seekor daripada dua ketua Serigala Angin itu menggeram perlahan. Dengan serta-merta, seolah-olah menjawab bertindak balas terhadap perintah, seekor Serigala Angin tahap keempat melompat ke arah Linley.

Linley tiba-tiba melompat dan menunjuk ke arah sekumpulan Serigala Angin jauh dari situ. Dengan suara yang rendah, Linley berkata, "Medan Supergraviti!"

Sihir unsur tanah – Medan Supergraviti!

Ini merupakan mantera sihir unsur tanah yang sangat menakutkan. Dengan mengawal dan menggunakan sejumlah besar intipati unsur tanah, mantera ini membolehkan penggunanya memanipulasi kekuatan graviti di kawasan setempat, menyebabkan musuh terkesan secara dramatik kerana peningkatan graviti. Hanya ahli sihir tahap kelima mampu menggunakan mantera Medan Supergraviti.

Dan semakin kuat ahli sihir unsur tanah itu, semakin kuat kesan mantera Medan Supergraviti ini.

*Deram-derum*

Udara bergetar. Linley berada di pusat graviti. Seluruh kawasan dalam lingkungan seratus diameter tiba-tiba bersinar dengan intipati unsur tanah. Semua Serigala Angin yang berada dalam lingkungan diameter ini tiba-tiba merasakan tarikan graviti yang sangat kuat. Serigala Angin yang sedang menyerang Linley turut terkesan menyebabkannya jatuh di tanah ketika di pertengahan lompatan. Serigala Angin yang lain turut berasa terkejut. Dua ketua Serigala Angin melolong kemarahan. Tanpa mengendahkan perkara lain, ia meluru ke arah Linley. Tetapi jelas sekali, dua ketua Serigala Angin kekuatannya kini hanya separuh daripada asal.

'Kepantasan kamu hanya separuh daripada yang asal tetapi kepantasan aku tak terjejas.' Terdapat intipati unsur tanah yang turut bersinar dan berpusar di sekeliling Linley. Bentuknya ialah padanan sempurna dengan intipati unsur tanah yang berada di tanah.

Intipati unsur tanah yang digunakan oleh Medan Supergraviti menghasilkan getaran yang unik. Setiap ahli sihir unsur tanah menggunakannya dengan cara yang berbeza. Oleh sebab itu, setiap satunya mempunyai getaran frekuensi yang berbeza. Jika seseorang dapat mengawal ayunan intipati unsur tanah, seseorang itu dapat membatalkan daya Medan Supergraviti.

Jika dibandingkan dengan kepantasan pihak lawan yang semakin berkurangan, Linley kelihatan lebih tangkas. Linley dengan tangkas mengelak serangan musuh sambil sementara menggumam mantera ajaib yang lain.

*Deram-derum! Deram-derum! Deram-derum!*

Berdozen-dozen Lembing Bumi meletus dari tanah di bawah kaki Serigala Angin. Mata lembing yang sangat tajam itu menusuk dada tujuh ekor Serigala Angin, menyebabkan darah mengalir tidak henti. Beberapa ekor Serigala Angin lain turut mengalami kecederaan yang serius akibat terkena tusukan Lembing Bumi.

*Awooooo!*

Dua ketua Serigala Angin semakin tidak keruan.

Di dalam Medan Supergraviti, kepantasan mereka hanya separuh daripada kelajuan asal. Ia langsung tidak berpeluang untuk menghalang Linley yang lebih tangkas dan lincah. Jika berpeluang untuk bertempur, ia mampu membunuh Linley. Akan tetapi, ia tidak mampu untuk mendekatinya. Berdasarkan kebolehan Linley sebagai ahli sihir tahap kelima, berhadapan dengan makhluk itu tidaklah sesukar mana.

*Awooooo!* Lolongan perlahan kedengaran.

Tanpa teragak-agak, dua ketua Serigala Angin itu cabut lari menyelamatkan diri. Lebih kurang sepuluh ekor Serigala Angin lain yang terselamat turut melarikan diri. Dilindungi dengan kegelapan malam, dalam sekelip mata, sekawanan Serigala Angin itu lenyap daripada pandangan Linley. Melihatkan situasi itu, Linley segera berlari dan menyaingi tiga ekor Serigala Angin yang mengalami kecederaan teruk dan tidak sempat melarikan diri.

*Gedebuk! Gedebuk! Gedebuk!*

Tiga tendangan dari Linley mendarat di kepala Serigala Angin yang cedera itu. Bunyi seperti tempurung kepala retak kedengaran dan ketiga-tiga serigala itu mati. Termasuk tujuh ekor Serigala Angin yang ditikam di dada dengan Lembing Bumi, jumlah kematian ialah sebanyak sepuluh ekor. Namun begitu, disebabkan Linley memberi tekanan yang kuat kepada tubuhnya, luka di dadanya kembali terbuka dan darah segar mula mengalir keluar.

Nächstes Kapitel