webnovel

Morfin Biru

Redakteur: EndlessFantasy Translation

"Ini bukan kerja kultus ular kembar."

Marvin menunjukkan jari kepada muka Wayne yang cekung itu dan berkata, "Jika ini kerja kultus ular kembar, Wayne tidak akan sengsara sampai ke tahap ini."

"Dalam pandangan mata kasar ia seperti [Hibernation], salah satu sumpahan tanda dagang kultus ular kembar yang membuatkan orang yang terkena itu menjadi koma sepenuhnya. Tetapi hibernation tidak akan membunuh seseorang."

"Jantungnya masih berdegup dengan kencang dan ini bukan gejala hibernation."

Dapat dilihat Hanzer terkejut dari sinar matanya. Dia tidak dapat menahan diri untuk bertanya, "Macam mana kau tahu?"

"Datuk aku ahli sihir level tinggi."

Marvin telah memikirkan alasan. "Sebelum aku berangkat ke sini, aku telah membaca buku dan mendapat banyak ilmu."

"Kau dan Wayne memang sangat cerdik. Sayangnya kau tiada bakat untuk menjadi ahli sihir."

Hanzer mengangguk. "Betul, aku juga rasa ada seseorang cuba meniru cara kerja kultus ular kembar."

"Tetapi, macam mana kau tahu itu perbuatan Lulu? Bukankah kau baru saja tiba?"

Marvin tersenyum. "Di bawah penyamaran sumpahan hibernation, terdapat satu lagi sumpahan menelan daya hidup. Sumpahan ini perlu masa selama seminggu dan di baca jampi setiap hari."

"Wayne seorang kera sumbang, oleh itu dia jarang akan rapat dengan orang untuk jangka masa yang lama. Selain dari butler tua itu, siapa lagi yang ada?

Orang yang tinggal dan ada peluang untuk berhubung dengan dia setiap hari cuma teman wanita dia saja betul tak?

Tekaan yang penuh logik.

Hanzer mengangkat bahu. "Kau memang seorang pemerintah yang bagus!"

"Sebab kau sudah sampai di sini, apa kata kau ikut aku untuk melawat pesalah dalam kes Wayne ini?"

"Ini hak kamu."

Penjara Akademi Magore.

Seorang gadis duduk seorang diri di pintu pagar dengan penuh ketakutan.

Penjara ini dibina di pokok setinggi sembilan tingkat. Setiap cabang akan membawa kepada bilik penjara tahanan yang tergantung di udara.

Dia melihat kepada cecair hitam di bawah.

Jika dia jatuh ke dalam cecair hitam itu, dia akan cair sehingga tiada tulang yang akan tinggal!

Tidak ramai tahanan di sini kerana kebanyakan orang yang mencari masalah di Akademi Magore biasanya akan mati.

Ketika dia melihat sekeliling dalam keadaan takut, penjara itu mula bergerak!

Dia takut pada mula, tetapi kemudian terus menunjukkan reaksi. "Ada seseorang yang mengawal cabang dahan ini!"

Terdapat dua kelibat boleh dilihat di platform yang jauh.

Kelibat yang tinggi itu mula membaca jampi dan cabang dahan yang membawanya terus bergerak dengan perlahan.

Akhirnya penjara itu mendarat di platform tersebut.

Dia dapat melihat dua orang yang berdiri ketika pintu penjara itu dibuka.

"Keluar Cik Lulu," Hanzer berkata dengan suara perlahan.

Lulu keluar dengan rasa takut dari penjara itu.

"Aku tidak faham kenapa kau lakukan perkara seperti ini?"

"Apa kesalahan aku?"

Lulu membuat muka tidak bersalah. Seperti tidak tahu apa yang terjadi.

"Perempuang yang berlakon…" Hanzer berkata dengan spontan sebelum sempat Marvin berkata apa-apa.

"Aku boleh cakap, aku sangat tertarik dengan kemahiran lakonan kau."

Sebagai ahli sihir pangkat ke-2, Hanzer mempunyai jiwa untuk melawak yang tidak sepadan dengan dirinya.

"Sebagai perintis ahli alkimia, kenapa kau buat perkara ini? Kau telah bersama Wayne lebih dari setengah tahun, kenapa kau menyumpah dia? Adakah kau rasa kita sebagai guru ini buta?"

Lulu terus membisu.

Dia telah bersedia ketika ini. Tetapi apabila perkara ini benar-benar berlaku, dia masih tetap terkejut.

Dia tahu Hanzer sudah ada bukti yang cukup untuk mencampak dia di dalam penjara.

Apa jua alasan hanyalah sia-sia.

"Aku cintakan Wayne. Betul."

Dia mula menangis. "Tetapi, aku tidak dapat membuat apa-apa."

"Melihat dia setiap hari satu perkara yang menusuk kalbu. Aku dapat rasakan seperti pisau tajam menghiris hati aku setiap kali."

"Seseorang memaksa aku untuk melakukan ini. Jika tidak, aku… Dalam kata lain, aku akan mati dengan cara yang sangat menakutkan."

"Aku sangat takut. Sebab itu aku buat perkara itu. Tetapi aku tidak sangka ia akan jadi serius seperti ini."

"Aku tahu aku salah. Aku tidak mahu dia dalam keadaan seperti itu."

Tangisan gadis itu makin menjadi-jadi. Membuatkan orang rasa kasihan kepadanya.

Tetapi ini membuatkan diri Marvin rasa hendak muntah.

Menggunakan wajah sedih untuk menarik belas kasihan orang dan juga cuba membersihkan diri dari kesalahan yang telah dilakukan…

Gadis muda berumur 11 tahun ini boleh jadi selicik ini?

Dunia yang kejam ini memaksa kanak-kanak matang lebih cepat dari sepatutnya.

"Diam!" Hanzer dengan pantas menghentikan tangisan Lulu.

"Aku hanya mahu tahu dua perkara. Pertama beritahu aku siapa yang paksa kau buat."

"Kedua, cara untuk menghilangkan sumpahan Wayne!"

"Jika kau beritahu dua perkara ini, dengan nama Akademi Magore, kami akan memaafkan kesalahan kau!"

Kata-kata Hanzer mempunyai efek yang cepat.

Lulu terus berhenti menangis. Matanya penuh dengan sedikit sinar harapan, "Betul ke ni?"

Hanzer merenung kepada Marvin yang senyap.

"Betul, memang benar," Hanzer berkata dengan tegas.

Dia hanya mahukan anak muridnya pulih pada waktu ini. Hal yang lain…"Hutang ini telah tertulis, tidak perlu risau."

Lulu berhenti menangis dan terus menyusun perkara di dalam fikirannya. Dia berkata dengan perlahan, "Pertama, aku tidak tahu siapa yang aturkan. Jangan salah sangka, aku betul tidak tahu. Satu bulan yang lepas, aku terjerat dalam kancah perjudian… Akhirnya aku diugut kerana berhutang dengan banyak. Apabila Wayne dapat tahu, dia cakap dia akan fikirkan jalan."

"Dia sangat baik terhadap aku. Walaupun aku tahu, tetapi apa jalan yang boleh dia cari? Dia sendiri kesempitan wang untuk membayar pengajian sendiri. Tiada cara dia untuk membantu aku menyelesaikan ugutan aku itu."

"Orang aku berhutang wang itu sangat menakutkan. Kawalan mereka terhadap Akademi Magore sangat besar. Aku rasa Sir Hanzer dapat meneka."

"Aku memang tidak dapat membuat apa-apa tentang hutang aku sehingga membuatkan aku buntu. Akhirnya, salah seorang dari mereka memberikan aku peluang untuk menyelesaikan hutang tersebut."

Dia berhenti seketika selepas berkata.

"Dengan mengenakan sumpahan terhadap Wayne?" Marvin bertanya.

Dia mengangguk dengan segan.

Boleh dikatakan tarikan Lulu biasa tetapi wajah dia ketika sedih menyebabkan orang rasa sangat kasihan.

"Siapa? Nama." Hanzer berkata dengan tegas.

"[Morfin Biru]… Nama orang itu adalah Earl." Kata Lulu.

"Earl? Apa jenis nama macam itu. Aku rasa itu nama samaran," Hanzer rasa tidak puas hati.

"Aku telah beritahu semua yang aku tahu," kata Lulu. "Menghilangkan sumpahan itu juga sangat mudah. Terdapat satu kotak di bawah katil aku. Membakar item di dalam itu sudah cukup."

Hanzer dan Marvin merenung di antara satu sama lain.

"Apa itu Morfin Biru?" Marvin bertanya.

Hanzer terkaku. "Salah satu organisasi di dalam Menara Three Ring. Satu kumpulan oleh kanak-kanak dari keluarga ahli sihir agung."

Marvin mengangguk dan tidak berkata apa. Tetapi dia menanam dalam kepalanya nama samaran Earl itu.

Lulu pasti tidak berbohong. Kerana orang di belakang tabir itu mahu lakukan perkara ini, mereka pasti tidak mahu identiti mereka terbongkar.

Mereka telah bersedia melaksanakan rancangan jahat ini. Lagipun ini kawasan ahli sihir dan siasatan ke atas Lulu ialah perkara yang sudah pasti.

"Sir Hanzer…" Lulu melihat dia penuh dengan harapan.

"Aku cintakan Wayne! Jika bukan kerana aku dipaksa dan tiada jalan lain. Aku tidak akan lakukan perkara seperti ini."

Walaupun Hanzer rasa sangat jengkel tetapi dia tetap berkata, "Dengan nama Akademi Magore, kesalahan jenayah kau dimaafkan buat masa ini. Jika ada sesuatu yang muncul di dalam penyiasatan ini yang kau tidak beritahu, kau akan terima padah… Hmph!"

"Terima kasih Sir!" Lulu gembira dengan berita yang diterima.

Tetapi siapa sangka Marvin terus berjalan ke arahnya.

Hanzer terganggu seketika, dan mahu hentikan Marvin, tetapi dia tidak berganjak.

"Walaupun Akademi Magore memaafkan kamu tetapi Lembah White River tidak."

"Wayne merupakan pewaris utama Lembah White River. Aku abang dia dan aku masih tidak memaafkan kau."

Suara Marvin cukup tenang tetapi membuatkan Lulu rasa sangat takut!

"Sir Marvin! Memang bukan niat aku untuk bertindak seperti itu."

"Aku memang cintakan Wayne! Aku lihat dia menderita dan aku juga rasa sakit. Memang betul! Aku akan membakar kotak itu seminggu kemudian dan Wayne akan terjaga. Mereka hanya mahu Wayne tidak turut serta dalam pertandingan, itu saja."

"Dan dia juga cintakan aku!"

Melihat Marvin semakin dekat, dia mula berkata dengan tidak teratur. Satu sekatan magik telah diletakkan di tubuh badan dia menyebabkan dia tidak mampu untuk meronta dan membalas.

"Kau kata dia cintakan kau?" Marvin berbisik di telinga perempuan itu, "Tetapi aku rasa kamu berdua tidak sepadan."

Tidak lama kemudian, rasa sakit mula datang dari perut Lulu!

Marvin telah menendang dia dengan kuat dan menyebabkan Lulu berada di hujung platform itu!

Dia menjerit kesakitan sebelum akhirnya jatuh ke cecair hitam itu. Badan dan tulang dia dihakis sekelip mata.

Situasi yang berlaku ini sangat menakutkan!

Tetapi Marvin tidak berkelip langsung.

"Sesiapa yang mencederakan adik aku mesti mati," Marvin berkata dengan suara perlahan sambil berpusing ke belakang.

Hanzer memandang dia dengan lama sambil bertanya, "Kenapa kau tidak menggunakan kerambit?"

Marvin berjalan ke arah Hanzer dan berkata. "Jijik."

Nächstes Kapitel