webnovel

Pertumpahan Darah Bermula

Redakteur: EndlessFantasy Translation

Melihat Bicky yang terbaring dalam dakapannya, ekspresi Leylin agak keliru.

Mengenai hakikat Bicky melemparkan dirinya pada Leylin semalam, dia meneka beberapa sebab hal ini berlaku. Pertamanya, Bicky mempunyai tanggapan yang baik terhadapnya. Dia telah datang untuk melegakan hati Leylin kerana tidak sanggup melihat Leylin kalah. Kedua, amalan dunia ini lebih terbuka dan Bicky bukan seorang anak dara sebelum berasmara dengannya, jelas sekali Bicky sudah hilang dara sebelum ini. Yang terakhir, mental Bicky tidak stabil dengan pertumpahan darah yang semakin hampir. Jadi minda kesedarannya membuat keputusan untuk melakukan aktiviti yang merangsangkan dan melepaskan kekecewaannya.

Tidak kira apa sebabnya, Bicky seorang gadis jelita dan Leylin tidak mengalami sebarang kerugian.

"Ah?" Tiba-tiba, tubuh gadis atas Leylin bergerak dan duduk tegak.

"Pukul berapa sekarang? Sudah pukul 7 pagi. Habislah, saya perlu pergi ke makmal eksperimen mentor…"

Bicky bergegas meninggalkan katil dan mendedahkan badan langsingnya pada Leylin. Dia dengan segera membutangkan jubahnya sebelum mencium pipi Leylin dan meminta diri.

"Betul…" Leylin melihat bentuk badan Bicky yang sedang berlalu pergi dan tersenyum gembira.

Tidak lama kemudian, hubungan romantis malam tadi telah diketepikan dalam minda Leylin.

Pertumpahan darah aras rahsia semakin hampir. Ini sesuatu yang tidak dapat dielak oleh pembantu-pembantu paderi Akademi Abyssal Bone Forest.

Terutamanya pembantu-pembantu paderi gred lima yang bijaksana, mereka akan menjadi tumpuan akademi-akademi musuh.

Sebaliknya, Leylin hanya mempunyai bakat dalam Posyen, tambahan pula senior dia, Merlin, akan menarik kesemua perhatian yang tidak diinginkan, jadi dia tidak akan menjadi tumpuan.

Ini salah satu sebab mengapa Leylin tidak pernah mendedahkan kebolehannya yang sebenar.

Leylin kemudian mengurung dirinya di dalam makmal eksperimennya sambil membiasakan diri dengan Loket Tahi Bintang, dan menggunakan Cip A. I. untuk menganalisa model sihir. Dia juga mensimulasi sihir-sihir serangan pangkat 0 yang berdarjah tinggi supaya boleh digunakan bersama posyen serangannya. Ini semua sebagai persedian untuk pertumpahan darah aras rahsia.

...

Awan berwarna kelabu dan hujan turun renyai-renyai dari semasa ke semasa. Keadaan ini membuatkan orang rasa bayang kegelapan sedang menjelma di kaki langit.

Pembantu-pembantu paderi berjubah kelabuh berkumpul di padang yang penuh dengan rumput liar. Setiap seorang daripada mereka mempunyai wajah yang tegas dan mata yang kelihatan ganas atau kosong.

Beberapa orang Magus rasmi berjubah hitam and putih berdiri di depan mereka.

Leylin berdiri di satu sudut golongan pembantu paderi dan tidak menonjolkan diri. Sesekali dia mencuri pandangan pada guru-guru di depannya.

Seorang lelaki besar berjubah hitam mengetuai para guru di depan. Dia berdiri tegak dan secara separa sedar, ulaian gelombang tenaganya dikeluarkan dari badannya dan membuatkan kekuatan rohani Leylin berasa lemah.

"Orang itu pasti pengerusi Akademi Abyssal Bone Forest, Magus legenda pangkat 2!"

Leylin semakin menundukkan kepalanya, tidak berani mengangkat kepalanya lagi.

Leylin menguburkan keinginannya untuk mengimbas dengan Cip A. I.. Kekuatan seorang Magus pangkat 2 sangat bermisteri, dan Leylin tidak yakin yang dia boleh menyembunyikan Cip A. I. daripada Magus itu.

Lebih-lebih lagi, Cip A. I. masih tidak boleh menembusi halangan seorang Magus pangkat 1, jadi dia tidak perlu lebih memalukan dirinya lagi.

"Tetapi… adakah kita akan aktifkan aras rahsia di sini?"

Leylin memandang persekitarannya. Di bawah langit yang gelap, padang ini penuh kesunyian, seolah-olah rodensia dan lipas-lipas telah menjangkakan pertempuran hebat yang akan berlaku lalu melarikan diri.

Di kalangan pembantu-paderi, Leylin juga ternampak Bicky, Merlin, Nyssa, Jayden dan yang lain.

Jayden berdiri di barisan hadapan pembantu paderi, dan mukanya sangat muram. Bulatan hitam yang tebal mengeliling matanya dan keadaannya kelihatan tidak begitu baik.

Nyssa berdiri di hujung orang ramai dan bentuk badannya diselubungi jubah kelabu, yang sangat rendah profilnya.

Bicky dan Merlin pula sedang bergumam di antara satu sama lain.

Selepas terpandang Leylin, Bicky memberi senyuman kepada dia.

"Bicky mempunyai beberapa posyen serangan yang saya berikan, dan dia bukan sasaran yang penting, jadi besar kemungkinan dia akan baik-baik sahaja!"

Leylin melegakan dirinya.

"Mereka sudah sampai! Mereka sudah sampai!"

Tiba-tiba, kekecohan berlaku di kalangan pembantu paderi sehingga lamunan panjang Leylin terhenti.

Dari hujung penglihatan, satu bintik hitam tiba-tiba muncul. Bintik hitam itu beransur-ansur menjadi besar.

Apabila bintik hitam itu tiba di depan wakil Akademi Abyssal Bone Forest, Leylin berjaya melihat penampilan penuh makhluk itu.

Makhluk itu seekor kumbang besar, dengan lapan kaki yang panjang dan tegap. Setiap kaki itu berukuran lebih sedozen meter. Di atas kepala kecilnya, terdapat sepasang mata yang sedang memandang ke bawah pada kumpulan Akademi Abyssal Bone Forest.

[Sasaran tersebut mempunyai lapisan medan pertahanan, dan terutamanya dikategorikan sebagai Magus pangkat 1. Tuan badan dicadangkan untuk menjauh diri daripada sasaran]

Ketika, suara Cip A. I. berbunyi, yang membuatkan Leylin sedar akan kekuatan kumbang ini.

"Sssii!"

Beberapa titik air liur kuning hijau terkeluar dari mulut kumbang gergasi itu, yang menyebabkan tanah di bawahnya berlubang.

Pembantu-pembantu paderi di sekeliling berundur serentak. Muka mereka pucat dan kelihatan terkejut.

"Apa yang kamu takutkan? Ini hanya seekor Kumbang Abyss Steeled-Back!"

"Diam!"

Dengan kekangan yang ditetap oleh para guru di depan, pembantu-pembantu paderi mula pulih daripada ketakutan mereka.

"Siley, pembantu-pembantu paderi kamu sebenarnya takut dengan anak saya. Nampaknya, keadaan mereka tidak begitu baik sekarang! Hahaha…"

Suara kasar seorang lelaki terdengar, diikuti dengan seorang Magus separuh usia yang berjubah putih melompat turun dari belakang kumbang itu. Walaupun dia mempunyai wajah separuh umur, keningnya berwarna putih salji.

"Hng!" Pengerusi botak, Siley, berdeham sebagai tanda tidak puas hati dengan ejekan lelaki itu.

Walau bagaimanapun, melalui pengesanan Cip A. I., Leylin ternampak gelombang tenaga yang tidak berbentuk keluar dari badan Siley ke arah kumbang itu.

"Wu!"" Arghh!" Beberapa bunyi ketakutan terdengar dari belakang kumbang itu, dan nampaknya dikeluarkan oleh seorang pemuda.

"Siley! Kamu sebenarnya…" Magus berkening putih itu membara, dan keningnya tiba-tiba berubah merah, seolah-olah darah akan mengalir keluar darinya.

"Bagaimana?" Pengerusi Siley melangkah ke depan, menunjukkan dia berkuasa.

"Lelaki setengah baya berkening putih itu pastinya pengerusi Pondok Sage Gotham. Walaupun dia seorang Magus pangkat 2, Pengerusi Siley seorang Magus Gelap, pakar dalam bidang pertempuran, jadi kekuatannya pasti lebih daripada Si Kening Putih…"

Mata Leylin berkilau.

Sebaik sahaja pembantu-pembantu paderi fikir dua pengerusi itu akan bertempur, bunyi desing terdengar dari langit.

Kereta kuda yang besar, sepanjang beberapa dozen meter, dengan sepasang sayap putih salji di setiap sisi, mendarat secara perlahan-lahan di bawah kawalan beberapa ekor burung hering.

* Bang! *

Kereta kuda itu mendarat di atas tanah. Pintu terbuka, dan seorang wanita berambut emas dan berjubah putih melangkah keluar darinya.

"Guru, berhenti! Jangan lupa kita sudah menandatangani perjanjian!"

Mendengar nasihat wanita berambut emas itu, Siley dan Guru mencemuh dan kembali ke kumpulan masing-masing.

Di belakang wanita berambut emas itu, sekumpulan pembantu paderi melangkah keluar dari kereta kuda. Tubuh mereka mengeluarkan gelombang tenaga yang kuat.

"Hehe! Siley, saya harap pembantu-pembantu paderi kamu akan berjaya hidup. Jangan biarkan akademi kamu menjadi tanah kubur sebenar…"

Guru Kening Putih mengejek. Kumbang di belakangnya mula melipatkan kakinya, membentuk anak tangga. Kemudian ramai pembantu paderi turun darinya.

Pembantu-pembantu paderi dari kedua-dua akademi itu memandang khemah Akademi Abyssal Bone Forest dengan ganas, seolah-olah mereka di sini semuanya mangsa buruan.

"Kebanyakan mereka pembantu paderi tahap 3, dan terdapat segelintir pembantu paderi tahap 2. Manakala, tiada seorang pembantu paderi tahap 1 sekalipun!"

Hati Leylin mengetat. Oleh sebab keadaan Akademi Abyssal Bone Forest yang telah dilemahkan, peraturan pertumpahan darah jelasnya tidak dalam menyebelahi mereka.

Bukan sahaja mereka bertempur dengan dua pihak, tetapi salah satu pihak itu mampu mengecualikan pembantu-pembantu paderi tahap 1 mereka daripada pertumpahan darah ini. Tidak seperti Akademi Abyssal Bone Forest yang memaksa kesemua pembantu paderi mereka untuk menyertai.

Pembantu paderi tahap 1 ini hanya boleh digunakan sebagai kambing korban apabila mereka masuk, dan tidak berguna langsung.

"Selepas penyertaan yang wajib ini, Akademi Abyssal Bone Forest akan berada dalam keadaan yang lebih teruk!"

Leylin memandang pembantu-pembantu paderi akademinya yang berumur 11-12, dan mengeluh dalam hatinya.

Walau bagaimanapun, Leylin tidak mampu membantu mereka langsung. Perkara terbaik yang dia boleh lakukan ialah, dalam keadaan yang tidak mengancam nyawanya, dia akan cuba seboleh mungkin untuk membantu mereka.

Sekarang, dia mempunyai matlamat yang lebih penting untuk dicapai.

Cip A. I., bantu dalam rakaman!"

Sejak Leylin menjadi seorang pembantu paderi tahap 3, keupayaan Cip A. I. juga telah meningkat. Kebanyakan pembantu paderi tahap 3 tidak dapat terlepas dari pengesanan Cip A. I. sekarang.

Leylin memilih pembantu-pembantu paderi yang memegang artifak sihir. Tidak kira sama ada mereka berada pada pihaknya atau tidak, dia rakamkan mereka semua.

Dengan orang-orang ini, dia perlu berhati-hati semasa pertumpahan darah.

Mendengar nada provokatif pihak lain, muka pengerusi Siley berubah gelap. Dia melambaikan tangannya, "Cukuplah kamu mengarut, mari kita bermula!"

"Memandangkan kamu mempunyai keikhlasan, mana mungkin kami menolak permintaan kamu?"

Guru Kening-Putih dan wanita berambut emas itu tersenyum dan mengangguk-angguk, "Mari kita bermula!"

Mendengar kata-kata pengerusi mereka, Magi rasmi daripada akademi masing-masing melangkah ke depan dan mengeluarkan banyak barangan ganjil dari beg, jubah dan juga tubuh mereka. Selepas itu, mereka mula membentuk sebuah formasi.

Apabila mereka telah siap, formasi sihir yang ganjil tersusun di atas tanah.

"Ini rune yang akan membuat dasarnya kukuh, menghubungkan tenaga dan mencipta api. Saya kenali beberapa rune ini!" Mata Leylin berkilau, dan merakamkan kesemua formasi ini dengan Cip A. I..

"Bagi ketiga-tiga pengerusi itu pula, selepas kakitangan mereka siap menyediakan formasi itu, setiap seorang melangkah ke depan dan mengeluarkan 3 skrol berwarna merah pekat.

"Dengan nama saya, Siley, saya memanggil Keinginan Pertempuran yang berkeliaran, dan aktifkan tapak tangga yang megah dan ngeri…"

Ketiga-tiga pengerusi itu menjampi dan mengoyakkan skrol di tangan mereka pada masa yang sama.

* Bang! * Kilat merah pekat bergetar tanpa henti di atas kawasan di mana 3 skrol merah pekat itu dikoyakkan. Tiba-tiba satu bukaan yang besar muncul dari kekosongan.

* Whoosh! * Berbilang petir dan kilat muncul dari dalamnya, dan bunyi letupan dan siulan terdengar dari dalam bukaan itu.

Beberapa saat kemudian, kekosongan itu menjadi tenang.

"Ini aras rahsia yang sekarang menjadi pusat sumber-sumber yang terbiar. Apa-apa organisma dan sumber-sumber bernilai telah kami bersihkan. Sekarang, tempat ini akan menjadi padang pertempuran kamu…"

Nächstes Kapitel