webnovel

Beruang Bukit yang Ganas

Redakteur: EndlessFantasy Translation

Kicauan serangga kedengaran di dalam hutan yang sunyi itu dari semasa ke semasa, dan dahan dan daun pokok-pokok yang banyak menutupi matahari sepenuhnya. Cahaya matahari sekali-sekala bersinar melalui jurang-jurang seperti sinaran cahaya.

"Caw Caw!" Suara yang biasa dengar kedengaran di hadapan.

Kaliweir, yang mengetuai di barisan hadapan, mengerut dahinya, "Kenapa terdapat banyak Burung Gagak Mata Merah ini!" Makhluk-makhluk ini sangat agresif terhadap manusia! Jika kita tidak mengurangkan bilangan mereka dengan cepat, mereka akan memanggil lebih banyak jenisnya dan ini boleh menjadi masalah besar!"

"Jadi, apa sekarang? Patutkah kita membuat lencongan?" Raynor bertanya.

"Saya rasa langkah itu mungkin tidak berjaya, mereka dah nampak kita!" Leylin melihat imej yang dipamer oleh Cip A.I. dan bersuara tanpa melihat ke belakang.

Suara sayap-sayap mengepak makin lama makin dekat. Kaliweir ketawa, "Oleh kerana mereka bertemu dengan kita secara sukarela, kita tidak perlu teragak-agak menerima mereka!"

Riak muka ahli kumpulan yang lain tenang. Selepas melalui jangka masa memperhalus kerjasama mereka, mereka semua mempunyai satu set strategi yang sesuai untuk menentang Burung Gagak Mata Merah itu.

"Oh! Oh! Ini tidak bagus! Ada dua gagak!" Leylin melihat skrin itu dan riak mukanya berubah secara tiba-tiba.

Kaliweir terkejut. Berdasarkan amaran Leylin, ternyata memang betul terdapat satu lagi bayangan gelap di belakang Burung Gagak Mata Merah yang telah terbang ke arah mereka, dan saiznya kelihatan lebih besar daripada burung-burung gagak yang lain.

"Kita ada masalah!" Dahi Kaliweir berkerut, "Leylin dan Neela, kamu dua urus burung gagak di hadapan! Manakala untuk yang lagi satu, biar kami bertiga yang menentangnya!"

"Bersedia!" Leylin berkata kepada Neela yang berada di belakangnya dan mengambil keluar busur silang yang tergantung di belakangnnya.

"Mengukur kuasa angin dan kelembapan! Melaraskan trajektori..."

*Whoosh!* Satu garisan berwarna hitam bergerak dengan pantas di udara dan menusuk ke badan Burung Gagak Mata Merah itu, menyebabkan beberapa bulu pelepah jatuh.

"Caw!" Burung Gagak Mata Merah di hadapan itu mengeluarkan satu teriak marah dan terbang ke arah Leylin.

Nampaknya ia kelihatan tidak menerima sebarang kecederaan.

"Mari umpan burung itu untuk pergi dari sini!" Riak muka Leylin tidak berubah, dan dia meletakkan ke bawah busur silang yang berada di tangannya itu.

Terima kasih kepada Cip A.I., terang-terang dia nampak anak panah itu kena badan Burung Gagak Mata Merah itu, tetapi daya tahan burung-burung gagak itu agak tinggi, lebih kurang sama dengan Satria manusia. Bulu pelepah mereka agak keras juga; sebab itu, ia tidak menerima kecederaan yang banyak.

Senjata-senjata manusia biasa tidak menimbulkan ancaman yang banyak terhadap makhluk-makhluk dunia Magus.

Melihat Leylin dan Neela mengumpan Burung Gagak Mata Merah itu pergi dari situ, Kaliweir membuat keputusan. Dia menjerit dengan kuat, "Raynor dan Lilisse, lengahkan Burung Gagak Mata Merah yang lagi satu di belakang itu, dan berikan saya masa untuk menyediakan sihir saya."

Raynor dan Lilisse melihat satu sama lain dan serbu ke arah Burung Gagak Mata Merah di belakang itu.

Sebaik sahaja Raynor berlari, dia mengambil busur di belakangnya dan tembak ke langit. Beberapa pisau menemani anak panah itu.

"Caw Caw!" Burung Gagak Mata Merah yang besar itu mengepak sayap hitamnya dan menampar anak panah dan pisau-pisau itu ke bawah.

"Ia hanya menggunakan sayapnya untuk menolak anak panah itu ke tepi!" Wajah Raynor bertukar pucat dan menghentikan jejak langkahnya.

Walau bagaimanapun, Burung Gagak Mata Merah yang ketara lebih besar daripada rakannya telah terbang ke mari dan cakarnya yang besar itu menghiris bahu Raynor, menyebabkan bahu Raynor luka.

Raynor dihimpit oleh Burung Gagak Mata Merah itu ke tanah.

"Selamat... selamatkan saya!" Raynor menjerit sambil merayu.

*Bang!!* Sebaik sahaja Burung Gagak Mata Merah itu ingin mematuk Raynor, satu cahaya terang melintas. Lilisse mengangkat satu pedang besar yang lebih besar daripadanya dan memukul Burung Gagak Mata Merah itu pergi.

"Bam!" Satu jaring besi berdawai dilempar oleh Lilisse di hadapan Raynor.

"Saya akan melengahkannya, cepat dan ambil peluang ini untuk baling jaring itu!" Lilisse, seseorang yang selalunya senyap dan sedikit malu, sekarang kelihatan berbeza.

"Okey! Raynor melihat Kaliweir, yang masih menyediakan jampinya, dan mengangkat jaring itu.

Lilisse ternyata telah berlatih teknik pedangnya sebelum ini, dan pedang besi yang besar di tangannya itu berkilauan berwarna perak sebaik sahaja dia memukul Burung Gagak Mata Merah itu ke tepi.

"Ha!" Dengan satu hayunan yang cantik, Lilisse memukul jatuh Burung Gagak Mata Merah itu ke tanah, menyebabkan lumpur dan pasir di sekelilingnya terpercik.

"Satu peluang yang bagus!" Mata Raynor berkelip-kelip, dan satu kesakitan yang tajam pada bahunya menyebabkan matanya sedikit merah sebaik sahaja dia menebarkan jaring besi berdawai itu dan memerangkap Burung Gagak Mata Merah itu.

"Caw Caw!" Burung Gagak Mata Merah bergelut-gelut di dalam, dan ia kelihatan seperti akan bebas daripada jaring besi berdawai itu pada bila-bila masa.

"Kaliweir, cepat! Bulu pelepah Burung Gagak Mata Merah ini terlalu tebal, saya tidak dapat mencederakannya!"

Leylin menjerit dengan cemas.

"Terima kasih atas usaha awak!" Ketika itu, Kaliweir telah selesai dengan sihirnya, dan satu bola api berwarna merah gelap membara di tangannya.

"Cepat bergerak ke tepi!" Selepas Kaliweir menjerit, Lilisse dan Raynor bergegas bertempiaran.

"Bola Api Tenaga Negatif!" Dengan satu hayunan tangan Kaliweir, bola api berwarna merah gelap itu bergerak dengan pantas dan mendarat tepat ke badan Burung Gagak Mata Merah itu.

*Boom!* Satu suara yang kuat bergema berterusan dari semua arah, bersama-sama dengan satu gelombang haba.

Angin yang amat kuat datang daripada letupan itu. Kebakaran yang diakibat oleh letupan itu juga membentuk satu kawah yang besar pada permukaan tanah, dan tumbuh-tumbuhan dan semak-semak terbakar juga.

"Cantik sekali!" Raynor berlari terlalu perlahan dan meluncur ke tanah akibat angin yang kuat di belakangnya tadi. Pakaiannya berlumuran lumpur. Walau bagaimanapun, apabila dia lihat Burung Gagak Mata Merah itu, dia sangat gembira.

"Haah..." Kaliweir termengah-mengah juga, "Bola Api Tenaga Negatif ini mengambil masa yang lama untuk dijampi dan saya perlukan seseorang untuk menolong saya melengahkan musuh. Walau bagaimanapun, kekuatannya sangat bagus!"

Lilisse membetulkan rambutnya. Ketika dia melihat ke arah Leylin dan Neela berlari, terdapat sedikit kerisauan jelas di matanya, "Saya tertanya-tanya bagaimana mereka sekarang?"

"Jangan risau! Leylin dan Neela sangat kuat, dan kita telah berjaya menangani burung gagak yang besar ini..." Kaliweir menenangkan dia. Ini adalah misi pertama yang dia jalani dalam setahun ini, dan dia juga inginkan pengakhiran yang sempurna.

"Kami okay!" Sebaik sahaja Kaliweir selesai bercakap, kedua-dua Leylin dan Neela berjalan keluar dari satu belukar semak.

Beberapa bulu pelepah berwarna hitam melekat di badan mereka, tetapi mereka kelihatan seperti tidak mempunyai sebarang kecederaan.

"Mana yang lagi satu?"

"Di sini!" Leylin mengangkat cakar berwarna hitam itu dengan tangannya, dan melihat kawah besar itu. "Wow, sahabat seorang ini. Saya rasa sihir ini sekurang-kurangnya mempunyai darjah 6 kekuatan, nampaknya Kaliweir mendalami sihir-sihir maut!"

"Memandangkan semua selamat, mari kita bergegas balik, saya mempunyai perasaan yang kurang baik tentang ini!" Wajah Kaliweir menjadi suram, "Raksasa-raksasa yang bersembunyi di sekeliling sekolah baru-baru ini nampaknya lebih banyak daripada biasa!"

"Saya setuju, pernah ke misi-misi akademi sesukar ini?" Leylin bertanya.

"Ini tidak betul! Walaupun kita menerima misi meronda seperti ini, kita sekurang-kurangnya memerlukan 1 bulan untuk jumpa 10 Burung Gagak Mata Merah. Walau bagaimanapun, kita telah melampaui amaun itu dalam masa 10 hari sahaja!" Neela menerangkan kepadanya.

"Selepas kita pulang, mari kita melaporkan situasi ini, saya rasa ada benda yang tidak kena!" Lilisse berkata dengan tiba-tiba.

"Jika terdapat apa-apa masalah, lebih baik biarkan Magi yang menyelesaikannya! Baik kita pergi dari sini secepat mungkin, saya rasa tidak selamat di sini!" Raynor menambah.

"Betul itu! Mari kita cepat pergi!" Kaliweir berkata sambil melemparkan jaring besi berdawai yang rosak itu ke tepi dan mengutip satu cakar berwarna hitam.

Oleh kerana tiada bantahan daripada sesiapa, kumpulan itu bergegas pulang.

"Kenapa 2 Burung Gagak Mata Merah itu menghalang kita dalam perjalanan pulang ke akademi? Adakah ini satu kebetulan?" Leylin tiba-tiba berasa gelisah dan mempercepatkan jejak langkahnya.

Mereka yang lain juga nampaknya mempunyai perasaan yang tidak menyenangkan dan kumpulan itu bergegas jalan bersama-sama.

"Kamu rasa dua Burung Gagak Mata Merah tadi itu sedang menjaga beberapa harta karun ke? Kamu pun tahu, burung-burung gagak itu mempunyai tabiat mengumpul item-item berkilauan!"

Neela, yang berada di belakang sekali dalam kumpulan itu, nampak wajah-wajah suram semua orang dan berkata dalam nada bergurau.

"Itu burung-burung gagak biasa sahaja. Walaupun Burung Gagak Mata Merah itu mempunyai perkataan hitam berkilat dalam nama mereka, keturunan mereka lebih kurang hampir dengan Burung Beri Berduri. Tambahan pula, mereka tidak mempunyai tabiat mencari harta karun, tetapi sebaliknya mereka mempunyai perasaan yang tajam terhadap beberapa tumbuhan yang istimewa. Hakikatnya, Magi sering membela Burung Beri Berduri juga, mencari tumbuh-tumbuhan istimewa itu!" Leylin membalas tanpa pandang ke belakang.

"Bagaimana awak tahu benda itu?" Raynor ternyata tidak berasa yakin.

"Asal usul Burung Beri Berduri dan bagaimana untuk membela mereka. Ia terletak di aras 3 rak buku di perpustakaan, saya membacanya baru-baru ini." Leylin menjawabnya dengan bersahaja.

"Oh! Leylin! Awak sangat mengagumkan!" Mata Leylin kelihatan berkilauan sekali lagi.

Raynor pandang ke tempat lain.

"Eh?" Leylin menghidu dan tiba-tiba terdapat satu bauan yang sangat harum dihidu.

"Berhenti! Kamu semua hidu sesuatu?" Leylin bergegas menghentikan jejak langkahnya.

Kumpulan itu berhenti. "Bau apa?" Ekspresi Kaliweir berubah ketat, dan mengenggam parang di tangannya.

"Saya hidu satu bauan yang sangat harum!" Leylin menjelaskan.

"Harum? Hanya terdapat aroma yang boleh buatkan orang muntah di hutan ini! Dan sekarang ia menjadi lebih serius!" Raynor mencelah.

"Saya benar-benar hidu satu campuran Bunga Melur dengan Ros Minyak-Hitam!" Lilisse mengecutkan hidungnya.

"Semua berhati-hati! Terdapat bau busuk seekor binatang liar!" *Shiing!* Kaliweir menghunuskan parangnya. Situasi ini ternyata sangat pelik. Leylin juga meletakkan tangannya ke dalam saku pinggangnya.

*Hu!* Satu tiupan angin berlalu pergi. Ia membawa bau hanyir yang melekat di hidung.

*Grooarrr!!!* Ngauman binatang yang kejam itu kedengaran.

Tumbuh-tumbuhan di sekeliling hutan berwarna hitam itu juga bengkok akibat daripada tekanan ngauman binatang itu.

Wajah Kaliweir bertukar serius, "Hati-hati, ini seekor yang besar!"

*Boom Boom!* Langkah-langkah yang berat kedengaran. Leylin dan yang lain nampak penampilan makhluk itu.

Ia merupakan seekor beruang berwarna hitam yang besar dan tengkorak seperti terbelah dua dan mendedahkan otaknya. Terdapat juga bentuk 'V', tanda putih di dadanya yang kelihatan seperti parut kilat.

"Hati-hati! Ini Beruang Bukit Yang Ganas; setiap ekornya bersaiz sama seperti seorang tahap 3 pembantu paderi! Sebelum ini, kami pernah menjumpainya!"

Mata Kaliweir mengecil sehingga saiz satu pin, "Hati-hati dengan serangan ngaumannya. Serangan itu yang membunuh Hank sebelum ini!"

"Celaka! Mari kita berpecah dan lari!" Wajah Raynor menjadi pucat dan tiba-tiba pusing ke belakang dan lari dari situ.

"Penakut seorang ini!" Neela marah dan mukanya berubah merah. Beruang Bukit Yang Ganas itu meningkatkan kelajuannya kerana Raynor lari dengan tiba-tiba.

"Tiada pilihan lain lagi! Ini melebihi keupayaan kita, mari berpecah dan lari. Mari berharap kita boleh jumpa antara satu sama lain di akademi nanti!"

Kaliweir tersenyum pahit dan membuat keputusannya.

Nächstes Kapitel