webnovel

Kapal Udara

Redakteur: EndlessFantasy Translation

* Clang Clang *

Kedengaran bunyi penggera hasilan daripada deringan plat tembaga, membuatkan Leylin terbangun daripada tidurnya.

Dia membuka matanya. Terdapat cahaya matahari bersinar melalui tingkap itu, memancar pada kasut Leylin.

"Dah pagi ke?" Leylin bangun dan cepat-cepat membersihkan dirinya dan keluar dari pondok tersebut.

"Selamat pagi!"

"Selamat pagi! Leylin!" Mata Beirut mempunyai dua lingkaran gelap mengelilingi matanya dan berterusan menguap.

"Keadaan di sini sangat teruk! Terdapat kutu dan kulat di selimut aku, ya tuhan! Aku tak boleh terus berada di sini!" Suara-suara aduan berbunyi dari semasa ke semasa.

Semua pembantu paderi ini ialah ahli-ahli bangsawan. Mereka tidak biasa dan rasa terseksa dengan keadaan seperti ini kerana kediaman mereka bersih dan teratur.

Hari ini, semua orang kurang tidur dan mempunyai lingkaran gelap mengelilingi mata masing-masing.

Walaupun pada awalnya Leylin tidak boleh tidur, lambat-laun dia berjaya tidur juga. Sekarang ini, dia lebih bersemangat dan bertenaga daripada yang lain dan dia tidak sabar untuk berjalan-jalan.

Seluruh tapak perkhemahan itu penuh dengan aktiviti. Terdapat ramai orang yang sedang membuka khemah masing-masing dan lantai penuh dengan sampah-sarap.

Sambil Leylin berjalan ke hulur dan hilir diam-diam, banyak benda melintas di fikirannya. "Setiap tahun pada waktu ini, akan terdapat banyak kumpulan pembantu paderi yang sanggup mengorbankan diri mereka untuk datang ke sini dan menuju ke haluan seorang Magus. Dan sekarang, ini titik permulaan aku!"

"Berkumpul! Berkumpul! Semua orang sila berkumpul di akademi masing-masing dan profesor yang bertugas akan mengambil alih! Tolong jangan merayau-rayau!" Seorang lelaki tua berjanggut putih menjerit di tengah-tengah tapak perkhemahan.

Suaranya sangat nyaring, seolah-olah dia menggunakan sejenis kuasa ajaib untuk membuat suaranya kedengaran di seluruh tapak perkhemahan itu.

"Ia mempunyai nada yang lebih tinggi daripada trompet dari dunia yang sebelum ini!" Leylin menggosok-gosok telinganya dan bergegas menuju ke kawasan perhimpunan Akademi Abyssal Bone Forest.

"Hey! Leylin, kau dah balik? Kaliweir cari kau tadi!" Beirut menegur dirinya.

Selama pertemuan yang pendek di sini, Leylin hanya mengingati beberapa orang sahaja, tetapi dia mempunyai hubungan paling bagus dengan Beirut.

"Maafkan aku! Aku telah merayau agak jauh dan terlupa masa berkumpul! Kaliweir perlukan apa-apa ke?"

Riak muka Leylin kelihatan apologetik.

"Tiada apa-apa! Dorotte meminta aku mengira jumlah pembantu paderi yang ada, jadi kau hanya perlu memberitahu dia nanti. Sekarang ini dia agak sombong tentangnya!" Beirut menggeleng-geleng kepalanya.

"Baiklah! Bagaimana kita bertolak, guna kapal?" Leylin melihat ke arah laut biru yang jauh tanpa batasan horizon itu, tetapi tidak nampak satu kapal pun.

"Bukan sahaja tiada satu kapal pun, daripada pandangan geografi, lokasi kini ini tidak sesuai untuk pelabuhan." Leylin penuh dengan kecurigaan.

"Agaknya? Apa-apapun, ia mungkin akan mengambil setengah tahun untuk sampai ke benua yang lain!" Beirut menggaru kepalanya.

"Pengangkutan di zaman lama ini ketinggalan dari segi teknologi, sekurang-kurangnya memerlukan 1 tahun untuk mengembara ke sekolah. Masa tidak boleh dibazirkan begitu sahaja, ia perlu digunakan secara efisien!"

Leylin memanjangkan pemikirannya sambil menyentuh 3 kristal sihir yang diambilnya dari Ourin, yang kini berada di dalam kantung kulitnya yang bergantungan pada pinggangnya.

"Menaiki kapal? Naifnya!" Kedengaran suara dingin yang menjengkelkan.

"Jayden?" Leylin melihat ke arah pelajar berjubah hitam yang menuju ke arah dirinya itu.

"Kita sekarang berdekatan dengan Laut Mati, apa-apa jenis ikan di dalamnya mampu membunuh seorang Satria! Apatah lagi haiwan-haiwan yang besar dan makhluk-makhluk kuno, mereka ini benci dengan kapal-kapal yang penuh dengan manusia dan mampu untuk merobohkan kapal-kapal ini dengan angin ribut yang kencang dan ombak yang bergelora. Jadi, kita hanya menempah maut kalau kita menaiki kapal!"

"Ikan yang mampu untuk membunuh seorang Satria?" Leylin membuka besar matanya. Sekarang ini dirinya masih seorang Satria Persediaan dan jika apa yang Jayden cakap itu betul, dia akan mati jika terjatuh ke dalam laut?

Leylin menyelidiki dirinya dan mengingati kembali statistik badannya.

Di Great Plains of Death, Leylin telah menganalisa daging serigala dan juga telah mendapati biji mata mereka mempunyai komponen rahsia yang boleh melengkapi teknik pernafasan Satria, jadi dia telah mengumpul banyak biji mata itu.

Dengan sumbangan kawanan canis dirus itu, Leylin telah mencapai had seorang Satria Persediaan.

Berdasarkan analisis Cip A.I., apabila semua status itu mencapai 2, mereka mempunyai dua kali ganda kekuatan seorang lelaki dewasa dan telah mencapai kesesakan seorang Satria Persediaan. Hanya dengan memberangsangkan tenaga hidup dalaman mereka, baru mereka boleh melepasi kesesakan ini.

Menggenggam buku limanya dengan kuat, satu daya yang kuat mengalir di tapak tangannya.

"Sekarang ini, jika aku memegang satu pedang salib, aku yakin boleh menentang tentera-tentera biasa! Tetapi Satria yang mempunyai kekuatan yang lebih tinggi daripada aku pun tidak dapat menewaskan ikan-ikan biasa di Laut Mati ini?"

Leylin agak ragu-ragu tentangnya, "Mungkin Jayden hanya membesar-besarkan hal ini, tetapi Laut Mati memang mempunyai pelbagai jenis bahaya itu benar bahkan kepada seorang Magi juga!"

"Cip A.I.! Boleh buat imbasan di lautan berdekatan?"

"Radiasi? Medan kuasa yang tidak diketahui?" Leylin melihat Dorotte, yang tidak jauh darinya dan telah memahami sesuatu.

"Di benua ini, populasi Magi terhad dan tiada banyak gangguan daripada radiasi, jadi Cip A.I. mampu untuk mengimbas sejauh 20 li radius. Tetapi semua pembantu paderi dan semua profesor Magi yang hadir di tapak perkhemahan ini, menyebabkan gangguan itu sangat kuat dan ini membuatkan kebolehan imbasan Cip A.I. ini terhad!"

"Sekarang ini, sejauh mana kau boleh mengimbas?" Muka Leylin bertambah gelap.

"Hu....." Leylin menghembus dengan kuat, "Boleh tahan! Jarak ini cukup untuk memaklumkan aku sebarang bahaya! Bagaimanapun, setelah tiba di benua lain dan juga akademi nanti, jarak imbasan ini mungkin akan menjadi pendek semula!"

"Aku boleh meningkatkan tahap Cip A.I.?" Leylin sungguh gembira.

"Menaikkan tahap!"

"Celaka! Cip A.I. telah hilang daripada badan asalku, jadi bagaimana aku nak mendapatkannya untuk mengisi semula tenaga? Tapi, jikalau aku berjaya pun, di mana aku nak mencari tenaga itu?"

Leylin memegang kepalanya dan pulih selepas seketika.

"Lupakan sahaja, kerana tahapnya boleh ditingkatkan, aku akan mencari caranya nanti pada masa hadapan. Untuk masa sekarang, fungsi terkini yang ada sudah cukup untuk aku!"

"Apa Jayden beritahu dekat kamu semua tadi?" Suatu suara kedengaran dan ini membuat Leylin yang sedang separa sedar itu pulang ke realiti.

Setelah Leylin pulih, dia menyedari Jayden telah pergi tanpa pengetahuannya dan sekarang Kaliweir berada di sebelahnya.

"Dia? Dia hanya bercakap tentang bagaimana nak bertolak! Aku pasti dia bosan, lagipun, tidak bercakap dengan sesiapa sepanjang hari agak membosankan!" Beirut merumuskan.

"Ya, betul itu!" Kaliweir mengangguk kepalanya dan melihat ke Leylin. "Kita akan bertolak tidak lama lagi, jangan pergi mana-mana sekarang. Jika kau menaiki kapal yang salah, susah nanti!"

"Kapal?" Leylin melihat permukaan laut dan tidak nampak sebarang kapal.

"Haha!" Kaliweir ketawa dengan kuat, "Siapa kata ia kena datang daripada laut."

"Lihat!"

Mengikut arah Kaliweir tunjukkan itu, Leylin dan Beirut mengangkat kepala mereka dan ternganga.

Di horizon itu, terdapat 3 kapal putih yang besar berapungan ke arah mereka.

Sebaik sahaja kapal itu menghampiri, satu bayangan yang besar telah meliputi seluruh tapak perkhemahan itu dan ia kelihatan seperti kegelapan telah turun ke bumi.

"Oh! Lihat!""Ya Tuhan!""Cantiknya!"

Semua orang di tapak perkhemahan itu mengangkat kepala mereka, terkejut dan kagum dengan keabnormalan itu.

"Jadi, bagaimana? Ini salah satu mod pengangkutan Magus, kapal udara! Kita semua akan menaikinya nanti!" Kaliweir bercakap dengan sombong.

"Semua ini diberitahu kepadanya oleh Profesor Dorotte, apa yang dia nak banggakan sangat?" Jayden muncul semula dan bercakap dengan sopannya.

"Celaka!" Kaliweir menghentakkan kakinya.

3 kapal udara ini makin lama makin dekat dan perlahan-lahan turun ke atas tanah di luar tapak perkhemahan itu, dengan sorakan orang ramai.

"En! Mereka lebih kurang sama dengan kapal udara daripada dunia sebelum ini dan setiap satu mempunyai beg gas aerostat yang besar di atasnya, aku tertanya-tanya adakah semua beg itu diisi dengan gas hidrogen?"

Leylin mempunyai pengalaman daripada dunia sebelum ini, oleh itu, dia telah pulih daripada kekaguman itu lebih cepat berbanding yang lain dan telah menganalisa konstruksi kapal-kapal udara itu.

Semua kapal udara berwarna putih itu telah mendarat ke tanah dan mengeluarkan bunyi yang kuat.

Pintu kapal-kapal udara itu terbuka dan beberapa Magi berjubah putih keluar daripadanya. Terdapat beberapa pergerakan di dalam tapak perkhemahan itu dan beberapa lelaki tua turut keluar dan bercakap dengan mereka.

"Baiklah! Semua orang sila bawa barang kepunyaan kamu semua dan ikut saya. Jangan merayau-rayau bersendirian!"

Dorotte memakai mantel hitam dan bayang-bayang badannya telah ditutup dengannya. Dia mula mengumpul semua pelajarnya.

Pembantu-pembantu paderi Akademi Abyssal Bone Forest berkeliaran dan berlari ke pondok kayu kecil masing-masing untuk mengambil barang kepunyaan mereka.

Leylin hanya membawa beberapa benda bersamanya. Barang kepunyaannya hanya mengandungi karung air, beg kulit, pedang salib yang tergantung pada pinggangnya dan busur silang yang tergantung di belakangnya.

Semua pembantu paderi telah meninggalkan tapak perkhemahan itu dengan panduan profesor-profesor akademi masing-masing dan mereka telah berkumpul secara berkumpulan berdasarkan akademi mereka.

"Baiklah! Sila ikut arahan saya! Sila tumpukan perhatian pada nama-nama yang saya akan sebutkan! Ennea Ivory Ring Tower, Akademi Wetland Gardens.... Kamu semua akan menaiki kapal udara di sebelah kanan yang bernombor '332'. Jangan terlepas kapal itu! Profesor-profesor, sila pastikan nombor kapal itu dan semua pembantu paderi, sila ikut professor masing-masing!"

"Manakala untuk Akademi Mercifura, Akademi Kerita..... Kapal udara kamu berada di tengah-tengah yang bernombor '955'". Suara itu bersambung.

".... Akademi Abyssal Bone Forest, Sage Gotham's Hut.... Kamu semua akan menaiki kapal udara sebelah kiri yang bernombor '455', jangan bercampur-aduk pula sekarang!"

Sebaik sahaja Leylin mendengari Akademi Abyssal Bone Forest, dia terus mengalihkan perhatiannya kepada kapal udara di sebelah kiri itu.

Sebaik sahaja dia menghampiri kapal udara itu, dia menyedari kapal udara itu sangat besar. Gas beg aerostat di atasnya kelihatan seperti bola ragbi yang besar.

"Pembantu-pembantu paderi Akademi Abyssal Bone Forest, sila ikut saya!" Api-api hijau menyala di mata Dorotte dan di belakangnya terdapat dua bayangan, kelihatan seperti hambanya atau orang bawahannya.

Leylin berjalan ke tengah-tengah kumpulan itu dan melihat sekelilingnya.

Dengan pemerhatiannya yang tajam, dia perasan beberapa muka yang akrab daripada parti pengembaraannya. Mereka juga perasan dia dan senyum terhadapny, dan juga bercakap dengan beberapa teman di sebelahnya. Mereka semua kelihatan teruja.

Di sudut kanan yang jauh sekali, George melambai-lambai dengan bertenaga sekali apabila tiba gilirannya untuk menaiki kapal udara itu dan memasuki kapal udara tersebut.

"Mulai hari ini, semua pembantu paderi akan menuju ke haluan masing-masing!"

Leylin berasa sedikit sedih, tetapi telah membendungnya dengan cepat.

Nächstes Kapitel