"Hei, jaga reputasi kamu. Kamu ketua doktor, kamu sepatutnya lebih bersifat kewanitaan!" Su Yu tersenyum sambil bermain dengan pencungkil gigi di mulutnya.
"Saya tak pernah jadi lemah lembut, okay? Premis kamu dah salah."
"Baiklah, baiklah, semua yang kamu cakap betul. Saya tak boleh kalahkan kamu." Su Yu memandang Huo Mian dengan bersemangat.
"Kenapa kamu ada di sini?" tertanya-tanya, Huo Mian bertanya kepada Su Yu.
"Syarikat saya juga adakan parti dekat sini…" Jawapan Su Yu bersahaja tetapi dia hampir tidak boleh mengawal keterujaan di matanya.
Tidak lama dahulu, Su Yu perasan yang Huo Mian jarang datang ke kelab malam. Apabila dia datang ke kelab malam, dia hanya datang ke Musang Menggoda kerana pemiliknya berkawan baik dengan Qin Chu.
Sejak dari itu, Su Yu hanya datang ke Musang Menggoda untuk parti supaya peluangnya untuk bertembung Huo Mian meningkat.
Bagi Su Yu, dapat melihat Huo Mian sekali sekala sudah lebih daripada memadai.
Unterstützen Sie Ihre Lieblingsautoren und -übersetzer bei webnovel.com