Huo Mian cuma mengusik Qin Chu…
Namun, dia terkejut apabila Encik Qin segera mengeluarkan dompet dan meletakkan setimbun wang kertas di atas tangan Huo Mian.
Kemudian, dia bertanya dengan berani, "Saya dah bayar denda. Kamu boleh anggap bakinya sebagai tip. Dan juga… gadis cantik, boleh saya tempah kamu untuk malam ni?"
"Alamak…" Huo Mian terkedu - imaginasi Encik Qin tidak seperti manusia biasa…
Tidak mahu mengaku kalah, Huo Mian menjawab, "Satu malam dengan saya tak ternilai sebab saya terlalu mahal. Macam mana dengan ni, kamu boleh bayar saya 10 juta dulu dan saya akan benarkan kamu miliki saya sepanjang tahun. Saya juga boleh bagi diskaun pada kamu."
"Setuju," kata Qin Chu sambil mengeluarkan telefonnya.
"Apa yang kamu buat?" tanya Huo Mian, keliru.
"Saya nak hantar duit pada kamu, bukan ke kamu cakap saya boleh miliki kamu sepanjang tahun kalau saya bayar 10 juta yuan kepada kamu sekarang?"
Unterstützen Sie Ihre Lieblingsautoren und -übersetzer bei webnovel.com