Pembedahan itu bermula secara rasmi pada jam 7.30 pagi…
Semua orang menunggu dengan cemas di luar bilik pembedahan. Setiap seorang daripada mereka terseksa apabila melihat jam berdetik dengan perlahan.
Su Yu duduk dengan gelisah; kadang kala, dia akan menggigit kuku dan menyentuh dahinya.
Huo Siqian kelihatan tenang; dia bermain game di telefon bagi mengalihkan perhatiannya tetapi hatinya dipenuhi dengan keresahan...
Angin Jiang Xiaowei tidak baik. Dia duduk di kerusi yang terletak di koridor dengan senyap tanpa bercakap walau sepatah perkataan.
"Xiaowei, nak air?"
"Tak nak."
"Makanan? Saya boleh belikan buah."
"Tak nak."
"Kamu mengandung sekarang. Kamu tak boleh buat diri kamu macam ni." Wei Liao tergamam.
Dia juga berasa sedih dan risau mengenai Qin Chu dan Huo Mian tetapi dia lebih risaukan kesihatan isteri serta anaknya.
"Kamu dah selesai? Saya dah cakap saya okey…" Angin Jiang Xiaowei memang tidak baik.
Unterstützen Sie Ihre Lieblingsautoren und -übersetzer bei webnovel.com