"Saya Zhao Qingya. Saya ada di bumbung teres hospital kamu sekarang. Boleh kita berbincang?"
"Cik Zhou, saya tak rasa saya begitu kenal kamu."
"Saya perlu beritahu kamu sesuatu. Itu saja." Zhao Qingya mematikan panggilan sebelum Huo Mian sempat menjawab.
Huo Mian tergamam tetapi dia tahu yang Zhao Qingya merupakan selebriti terkenal.
Apabila Huo Mian mempunyai masa lapang di rumah, kadang-kadang dia akan menonton drama sejarah di TV yang dibintangi Qingya dan Huo Mian merasakan lakonannya agak bagus.
Namun… Huo Mian tidak mahu berinteraksi dengan Zhao Qingya secara peribadi sejak Qingya 'mencampak' beg kepadanya.
Huo Mian tidak menyukai Zhao Qingya kerana dia merasakan Zhao Qingya tidak peramah. Namun, disebabkan Huo Mian tidak mempunyai apa-apa hubungan dengan Su Yu, dia tidak begitu memberi perhatian kepada Zhao Qingya. Akan tetapi, jika Zhao Qingya cuba merampas Qin Chu daripadanya, dia akan mengajar Zhao Qingya secukupnya.
Unterstützen Sie Ihre Lieblingsautoren und -übersetzer bei webnovel.com