"Mestilah."
"Oh ya? Kenapa nampak macam kamu dipaksa bercinta dengannya? Hmm... kamu rasa apa akan jadi kalau saya umumkan berita ini kepada semua orang? Terutamanya ibu kamu, tsk tsk… itu akan jadi menarik."
"Huo Siqian, apa yang kamu nak?" Huo Mian tidak pasti bagaimana Huo Siqian tahu mengenai hubungan mereka. Huo Mian dan Qin Chu sangat berhati-hati. Malah, mereka sanggup lakukan apa sahaja untuk menyembunyikan jejak mereka. Namun Huo Siqian seperti mempunyai satu kuasa yang mampu menghidu hubungan Huo Mian dan Qin Chu.
"Tak ada apa. Bukannya saya boleh buat apa-apa."
"Kalau kamu nak umumkan ke seluruh dunia, buatlah. Kamu tak perlu ugut saya, itu tak beri kesan pada saya."
Huo Mian benci diugut. Dia rasa lebih baik jika dia dibunuh musuhnya berbanding dikawal Huo Siqian.
"Haha, saya hanya mengusik dan kamu dah sakit hati. Saya suka kamu begini…"
Unterstützen Sie Ihre Lieblingsautoren und -übersetzer bei webnovel.com