webnovel

Keluar dengan Saya

Redakteur: EndlessFantasy Translation

Huo Mian menggigit bibir, mendongakkan kepala lalu berkata, "Kamu baik baik saja tapi saya dah ada teman lelaki."

"Apa?" Lelaki dengan muka bersegi itu bingung.

"Saya nak beritahu Encik Liu semalam tapi dia tak beri saya peluang. Maafkan saya."

"Tak, masih belum terlambat untuk beritahu saya sekarang. Kamu sangat jujur."

"Kita patut berlaku jujur, kan? Maafkan saya kerana dah susahkan kamu."

"Jangan risau. Lelaki daripada Keluarga Liu bukan orang yang gatal dan biadap. Kami semua pemaaf."

Huo Mian tidak tahu apa yang patut dikatakannya.

Lelaki di hadapannya bukan seorang yang banyak cakap, tidak sombong seperti lelaki forensik sebelum ini tetapi dia masih agak pelik. Ayatnya mampu membuatkan seseorang terdiam dan Huo Mian hampir tergelak mendengarnya.

Selepas Huo Mian menjelaskan situasi sebenar kepada lelaki itu, mereka berjalan menuju ke hospital semula dan dalam perjalanan, mereka terserempak dengan Su Yu di pintu masuk.

Gesperrtes Kapitel

Unterstützen Sie Ihre Lieblingsautoren und -übersetzer bei webnovel.com

Nächstes Kapitel