webnovel

"Tidak Zhiyuan. Biar saya terangkan. Ini bukan seperti apa yang kamu fikirkan!" Biasnaya, Huo Mian merupakan wanita yang sangat tenang. Namun begitu, apabila perkara mengenai kejadian yang berlaku tujuh tahun lalu disentuh, fikirannya akan begitu celaru sehinggakan dia bergelut untuk menyusun perkataan.

"Huo Mian, kamu bukan seorang penipu. Jadi kenapa kamu menipu dia? Kamu patut beritahu dia mengenai apa yang berlaku antara kita pada waktu dahulu." Nada Qin Chu kedengaran begitu mengarah.

"Huo Mian, saya mahu tanya kamu. Dia bekas teman lelaki kamu kan? Betul atau tidak yang dia menyentuh kamu tadi? Adakah dia mencium kamu?" Ning Zhiyuan berjalan ke arah Huo Mian. Sepanjang mengenalinya, inilah kali pertama Huo Mian melihat Ning Zhiyuan begitu serius. Pandangan matanya seolah-olah mampu membunuh.

Ning Zhiyuan dan Huo Mian sudah bersama buat beberapa ketika tetapi perkara paling intim dilakukan oleh mereka adalah berpegangan tangan dan berkucupan. Mereka belum melakukan semua perkara lagi. Mungkin kerana Huo Mian yang sedikit tradisional dan Ning Zhiyuan yang mempunyai rancangan untuk berkahwin dalam mindanya sanggup mengangguhkan keinginannya. Kini, apabila mendengar bahawa wanita yang dia puja seperti seorang dewi sudah dicemarkan oleh lelaki lain, dia tidak lagi dapat menahan amarahnya.

Api kemarahan yang tidak dapat diungkapkan memenuhi dada Ning Zhiyuan membuatkan dia begitu berang sehingga wajahnya pucat.

Huo Mian tidak mahu menipu Ning Zhiyuan. Dia dicium bukan dengan keinginannya. Walau bagaimanapun, jika dia memberitahunya perkara yang sebenar, bukankah itu hanya akan menambahkan lagi salah faham yang terjadi?

Sewaktu dia bergelut mencari jalan terbaik untuk menerangkan semuanya kepada Ning Zhiyuan supaya lebih mudah difahami, suara Qin Chu kedengaran lagi seperti syaitan yang terlepas dari neraka.

"Nampaknya kamu tidak tahu yang kami pernah tidur bersama tujuh tahun yang lalu?"

Kata-kata Qin Chu umpama bom. Ianya memusnahkan segala deria yang ada pada Huo Mian.

Dia tidak pernah menyangka langsung yang Qin Chu akan mengungkit kembali apa yang berlaku pada tujuh tahun dengan begitu selamba, dan dengan riak tiada perasaan pada wajahnya. Hal ini tidak sepatutnya berlaku – ini bukan apa yang Qin Chu akan buat. Adakah tujuh tahun yang lepas sudah merubah dia menjadi orang lain?

"Qin Chu, sejak bila kamu begitu tidak tahu malu…" Huo Mian yang terpegun sudah tidak mampu menyudahkan ayatnya.

"Kamu jahanam! Apa yang kamu cakapkan?" Ning Zhiyuan mendesak. Matanya merah sewaktu dia menggenggam kolar baju Qin Chu dengan sebelah tangan. Minuman kola sejuk dan jagung bakar yang dipegangnya sudah dibuang ke tepi.

Satu senyuman terukir pada hujung bibir Qin Chu apabila dia memandang pada Huo Mian dengan selamba.

"Nampaknya kamu berdua tidak pergi sejauh itu lagi. Ia kelihatan seperti Huo Mian tidaklah begitu sukakan kamu, hah."

"Anak jahanam! Apa yang kamu cakap? Aku sumpah akan bunuh kamu!" Sambil berkata-kata, Ning Zhiyuan menjuruskan satu penumbuknya pada muka Qin Chu.

Qin Chu pula mengelak dengan tangkas. Dengan cepatnya, Ning Zhiyuan meluru dan melepaskan tumbukan seterusnya. Kali ini, ianya terlampau cepat untuk dielakkan.Tumbukan tersebut terkena Qin Chu sebelum dia sempat melihatnya.

Qin Chu terumbang-ambing beberapa langkah ke belakang. Sambil mengelap tompokan darah daripada hujung bibirnya, dia berkata dengan suara dingin, "Saya terima tumbukan ini memandangkan kamu sudah menjaga Huo Mian untuk saya selama beberapa tahun. Tapi kamu tidak akan dapat peluang lain untuk memukul saya."

"Baik, kalau begitu pukul aku semula. Cepatlah, jahanam! Apa yang buat kamu rasa kamu berhak melayan Mian begitu? Kalau kamu bekas teman lelaki dia sekalipun, semua itu sudah berlaku pada masa lalu. Kenapa kamu datang kembali mencari dia?" Ning Zhiyuan hampir gila kemarahan. Dia terpaksa mengaku yang fikirannya musnah apabila mendengar Qin Chu mengatakan yang Huo Mian tidur dengannya tujuh tahun lepas.

Tujuh tahun lalu. Berapa umur Huo Mian waktu itu? Lapan belas tahun? Dia masih pelajar sekolah tinggi yang naïf.

Tiada lelaki yang dapat bertahan apabila dicabar dengan dugaan yang begitu menakutkan dalam sesebuah hubungan. Ning Zhiyuan juga tidak terkecuali.

Tidak mengendahkan amaran Qin Chu, dia menyerang lelaki itu seperti haiwan yang naik hantu.

Kali ini bagaimanapun, Qin Chu tidak mengelak. Sebaliknya, dia menumbuk muka Ning Zhiyuan sewaktu dia meluru padanya. Ning Zhiyuan jatuh terperosok ke tanah.

Nächstes Kapitel