Kesunyian tiba-tiba menyelubungi medan pertempuran itu…
Tiada apa-apa di situ selain kesunyian. Ini kali pertama orang-orang ini melihat seorang Pertapa mati disambar kilat. Walaupun kilat sangat berbahaya, tetapi Pertapa-pertapa tidak lemah. Hanya segelintir orang sahaja yang dapat melihat kejadian ini berlaku dalam kehidupan sebenar…
Sebenarnya, tidak ramai yang mati disambar kilat, apatah lagi dibunuh oleh Kesengsaraan Syurga yang menjadi legenda itu.
Tidak ramai yang pernah melihat Kesengsaraan Syurga. Mereka hanya dapat melihatnya semasa kemunculan pil-pil perubatan tertentu ataupun bahan-bahan bernilai yang lain. Walaupun begitu, Kesengsaraan Syurga ini tidak membunuh manusia…
"Mati disambar kilat…"
"Bagaimana ini boleh terjadi? Kilat apakah itu?! Takutnya!"
"Anehnya, Grandmaster Meng lebih menakutkan daripada kilat itu. Celaka, kilat dari Syurga pun membantunya? Ataupun ini salah satu teknik ajaibnya?"
Unterstützen Sie Ihre Lieblingsautoren und -übersetzer bei webnovel.com