Satu demi satu Glob Api jatuh ke atas mayat. Bau hanyir darah memenuhi udara, tetapi kemudian bau itu diganti dengan bau busuk daging terbakar. Bau yang menjijikkan itu semerbak ke semua arah.
Meng hao mengutip beg saktinya. Dia menghidu udara dan kemudian berpaling melihat Laut Utara buat kali terakhir sebelum dia berpusing lalu berlalu pergi.
"Aku tidak boleh tinggal di Negeri Zhao lagi… Aku perlu pergi." Meng Hao tahu apabila Sekta Arus Berliku telah muncul, pasti tiga Sekta agung yang lain akan tahu tentang kematian Pendeta dan Orang Kanan mereka. Tidak lama selepas itu, gunung ini akan dipenuhi oleh Pertapa Pemekatan Qi untuk mengenal pasti cara mereka mati.
Wajah Meng Hao berkerut. Sambil memandang jauh, satu gambaran muncul di fikirannya. Satu peta Wilayah Selatan. Pada bahagian lain gunung ini, terdapat satu kawasan yang luas terbentang yang menjadi sempadan Negeri Zhao.
Unterstützen Sie Ihre Lieblingsautoren und -übersetzer bei webnovel.com