webnovel

Keputusan Agak Baik

Redakteur: EndlessFantasy Translation

Datuk masih memerlukan penjelasan.

Ye Wan Wan dan Ye Mu Fan bersama-sama berjalan ke arah datuk mereka.

Ye Wan Wan berdiri di hadapan datuk mereka dengan patuh dan mengaku semua kesalahannya. "Atuk, saya minta maaf. Saya permainkan Atuk tadi, saya tak terus beritahu yang saya Ye Bai… Atuk tak akan marah, kan?"

Walaupun wajah Ye Hong Wei kekal tegas, tiada perasaan marah kedengaran dalam nada suaranya. "Budak ni, dengan Atuk sekali kena tipu."

Ye Yi YI dan Ye Shao An berdiri dengan senyap tidak jauh dari situ. Wajah mereka begitu gelap sehingga mereka tidak boleh lagi menyembunyikannya.

Ye Mu Fan sedang mengagumi wajah gelap Ye Yi Yi dan ayahnya apabila dia berkata, "Haha, jangan ambil hati, Atuk. Saya sendiri tak cam dia dulu!"

"Wan Wan dah besar..." Ye Hong Wei mengeluh. Matanya perlahan-lahan berubah yakin apabila dia melihat dua cucunya ini. Dia berkata dengan nekad, "Kamu berdua dah lakukan dengan baik kali ni! Atuk tahu."

Gesperrtes Kapitel

Unterstützen Sie Ihre Lieblingsautoren und -übersetzer bei webnovel.com

Nächstes Kapitel