webnovel

Bagaimana Kalau Kita Semua Tidur Sekali?

Redakteur: EndlessFantasy Translation

Ye Wan Wan perasan perasaan marah yang meluap dalam mata Si Ye Han dan pandangan gadis itu berubah sedikit gelap.

'Awak bergurau ke? Guna awak salah, tak guna awak pun salah?

'Hidup ni memang terlalu susah…'

"Tak… bukan tu maksud saya! Orang pertama yang saya fikirkan mestilah awak! Mestilah saya nak teman lelaki saya tolong saya dalam hal macam ni. Tapi saya risau awak tak percaya dekat saya macam tadi…"

Ye Wan Wan terus menjelaskan tindakannya. Entah mengapa, Si Ye Han tidak boleh memberi tumpuan dan hanya menatap gadis itu dengan bingung.

Bulu roma Ye Wan Wan merinding apabila ditenung seperti itu. "Uh… apa… kenapa awak tengok saya macam tu?"

Si Ye Han seperti sudah tahu sebabnya, tetapi dia merasakan itu mustahil. Dia mengerutkan keningnya dan menenangkan diri. "Tak ada apa-apa…"

Dia bergumam perlahan, "Awak tak mungkin…"

"Huh?" Ye Wan Wan keliru dan tidak mendengar kata-kata Si Ye Han.

Gesperrtes Kapitel

Unterstützen Sie Ihre Lieblingsautoren und -übersetzer bei webnovel.com

Nächstes Kapitel