Pembantu kedai itu kemudian melaung marah, "Sial! Kamu semua penyangak! Cuba nak buat kecoh ke?"
Huang Shi Xin melihat drama yang berlaku di hadapannya dan ketawa tanpa disekat. "Bos Hou, jangan buang masa layan semua orang pelik ni. Apa kata kita bincang pasal semua batu ni?
Memandangkan keluarga Si tak nak lagi semua batu ni, apa kata awak jual semuanya kepada saya? Sudah tentu saya tahu ramai yang beratur untuk dapatkan semua batu ni. Tapi Bos Hou, awak sedia maklum betapa ikhlasnya saya, bukan? Saya akan tawarkan harga yang awak pasti berpuas hati!"
Huang Shi Xin akhirnya memberitahu niatnya yang sebenar setelah melihat masa yang sesuai telah tiba. Dia memberi pandangan bermakna kepada pembantu di belakangnya.
Beberapa orang lelaki berpakaian hitam di belakangnya menapak ke hadapan. *Klik klik klik* Mereka membuka beberapa bagasi besar yang penuh dengan dolar Amerika.
Unterstützen Sie Ihre Lieblingsautoren und -übersetzer bei webnovel.com