webnovel

Ikut Cakap Saya

Redakteur: EndlessFantasy Translation

"Kau… apa kau cuba buat? Ye Mu Fan, biar aku beritahu kau. Kalau kau berani sentuh aku, mati kau nanti!"

*Swish!*

"AH!!!" Shen Meng Qi menjerit.

Dia berasa angin kuat menyapu wajahnya apabila penumbuk Ye Mu Fan melepasi dinding di belakangnya.

Tangan Ye Mu Fan kini dipenuhi darah. Dia merenung dingin kepada gadis itu sehingga semua cahaya dalam matanya terpadam.

Tiga saat kemudian, Ye Mu Fan berdiri tegak dan beredar meninggalkan bilik itu.

Ye Wan Wan melirik kepada Shen Meng Qi dan He Jun Cheng dan turut sama beredar.

Selepas kedua-dua orang itu pergi, Shen Meng Qi menjerit sekuat hatinya.

"JAHANAM!"

Rancangannya sangat sempurna pada mulanya, tapi kini semuanya telah musnah.

Nasib baik, walaupun Ye Mu Fan berpaling tadah kepadanya, lelaki itu tidak akan menjumpai sebarang bukti. Insiden ini juga tidak akan boleh menjejaskan dirinya.

Tetapi, kehilangan seorang hamba membuatkan dia berasa sangat kecewa…

Gesperrtes Kapitel

Unterstützen Sie Ihre Lieblingsautoren und -übersetzer bei webnovel.com

Nächstes Kapitel