Disebabkan Si Xia melarikan diri pada saat akhir, maka babak terakhir tidak dapat dilakonkan. Oleh itu, semua orang pun pulang.
"Ling Dong mesti dah takutkan Si Xia jadi dia berlari untuk sembunyikan diri!"
"Bercakap tentang itu…Si Xia tak akan beri watak putera itu kepada Ling Dong, bukan?"
"Aku rasa itu mungkin berlaku. Kalau ada orang yang mudah tertarik dan dengan sukarela mahu menggantikan tempatnya, tak masuk akal untuk dia tolak peluang itu!"
"Aku tak tahu pun si hodoh Ye Wan Wan itu begitu licik. Minyak guna-guna apa yang dia beri pada Ling Dong?"
Di dalam dewan yang kecil, para pelajar perempuan masih berbincang sesama sendiri secara senyap-senyap tentang hal itu. Namun, sebaik sahaja Ling Dong merenung tajam ke arah mereka, semua wajah menjadi pucat serta-merta dan mereka tergesa-gesa berkemas untuk pergi.
Unterstützen Sie Ihre Lieblingsautoren und -übersetzer bei webnovel.com