Tiga orang perempuan: "…"
Semua rakan sekelas: "…"
Ye Wan Wan sendiri terkedu.
Tiga orang perempuan tersebut berpandangan sesama sendiri dan mereka mengambil masa untuk kembali berfungsi seperti biasa. Kemudian, mereka terus bertanya—
"Dong… Abang Dong… Apa yang awak cakap ini?"
"Apa maksud awak Ye Wan Wan ini sudah jadi geng awak?"
Wajah Ling Dong penuh kejengkelan. Dia membalas, "Aku tak main-main tadi. Ye Wan Wan sudah jadi geng aku; tak ada sesiapa pun dibenarkan untuk sentuh dia! Kamu semua tak faham bahasa Melayu? Kalau faham, berambuslah!"
Unterstützen Sie Ihre Lieblingsautoren und -übersetzer bei webnovel.com