webnovel

Tiada Satu Makhluk Asing Pun

Redakteur: EndlessFantasy Translation

Jadi, mereka benar-benar berada di bulan, bulan yang sesekali mereka lihat di dalam televisyen dan surat khabar. Melihatnya di dalam gambar dan berada betul-betul di bulan sememangnya pengalaman yang sangat berbeza.

Mubai secara tanpa sedar meraih tangan Xinghe, menandakan dia berhati-hati di tempat yang tidak diketahui. Xinghe menggenggam semula tangan Mubai. Dia tersenyum lalu berkata, "Mari pergi."

"Okey." angguk Mubai. Sebaik sahaja mereka bersedia untuk bergerak, tiba-tiba Sam memanggil mereka. "Tolong tunggu sekejap."

Xinghe dan Mubai berpaling untuk melihat Sam yang sedang memacakkan sehelai bendera di tanah. Bendera itu bersaiz besar tetapi gambar yang terdapat di bendera itu bukan gambar bendera negara mereka atau negara-negara lain, sebaliknya ia adalah gambar Sam. Bendera itu telah ditempah oleh Sam sebelum mereka meninggalkan Bumi. Di dalam gambar itu, dia sedang mengenakan sepasang sut dan dia sedang melakukan gaya yang menunjuk-nunjuk.

Gesperrtes Kapitel

Unterstützen Sie Ihre Lieblingsautoren und -übersetzer bei webnovel.com

Nächstes Kapitel