Di kalangan semua yang datang, ada sesetengah daripada mereka yang langsung tidak menepati kriteria. Contohnya, ada seorang nenek yang berusia lebih daripada 45 tahun dan gadis muda di usia remaja. Malah orang lelaki juga ada!
Kumpulan Sam bermasam muka melihatkan sekumpulan manusia yang sanggup mengenepikan logik akal demi memperoleh wang.
"Kami berempat pun anak yatim, kalau tak ada kriteria dibesarkan di rumah anak yatim, saya rasa kami dah berada di barisan hadapan," kata Sam secara bergurau.
"Sudah dinyatakan anak perempuan kedua keluarga Shen berusia sekitar 45 tahun sekarang, mereka semua tidak tahu membaca ke?" Ali berkerut.
Xinghe menjawab secara lembut, "Mereka tahu membaca, tapi mereka tak dapat menolak ketamakan dalam hati."
Unterstützen Sie Ihre Lieblingsautoren und -übersetzer bei webnovel.com