webnovel

Muka Pedih Sedikit

Redakteur: EndlessFantasy Translation

Xinghe tidak boleh menerima keadaan ini. Terlalu banyak peluru ditembak menghujani kumpulan Sam. Walaupun pihak tentera memastikan yang mereka tidak menyasarkan kumpulan ini, tiada sesiapa boleh menjamin yang mereka tidak akan terkena tempias dari peluru yang tersasar dan melantun semula.

"Suruh mereka berhenti!" Xinghe segera mencampur tangan.

Mubai melihat ke arah Xinghe dan berkata dengan nada tidak bersalah, "Saya tiada kuasa untuk memberikan arahan kepada mereka semua."

Bahkan Philip sendiri cukup kagum dengan sikap tidak tahu malu Mubai. 'Kalau kamu tak ada kuasa nak mengarahkan mereka, habis siapa yang arahkan untuk menembak tadi?'

"Mereka orang kamu, bukan?" Xinghe berpaling ke arah Philip. "Boleh kamu tolong hentikan mereka?"

"Sudah tentu," Philip ketawa terbahak-bahak. "Tapi alat komunikasi tiada pada saya sekarang."

Gesperrtes Kapitel

Unterstützen Sie Ihre Lieblingsautoren und -übersetzer bei webnovel.com

Nächstes Kapitel