"Kami dah kata kami tidak dapat menyelesaikannya."
"Mana Xia Xinghe itu? Suruh dia datang dan lihat sendiri. Bagaimana kami nak menyelesaikan misi yang begitu mendesak?"
Ketika aduan itu disuarakan, Xinghe tiba-tiba muncul dari bilik kawalan utama. Juruteknik yang lebih senior segera datang untuk memarahinya.
"Cik Xia, kamu lihat sendiri. Setiap orang daripada kami telah mencuba yang terbaik tetapi kami tidak dapat menyelesaikan tugasan ini. Pengaturan kamu salah, itu sahaja. Ini hanya akan merendahkan semangat kami!"
"Bukannya kami tidak mahu bekerjasama dengan kamu, kami semua sudah bekerjasama sepenuhnya. Tetapi hampir tiada seorang pun daripada kami yang berjaya menyelesaikan tugsan."
"Sebab itu saya kata kamu tidak tahu kerja kami dan tidak patut datang dan berpura-pura menjadi seorang ketua," tambah Shu Mei dengan penuh sarkastik.
Unterstützen Sie Ihre Lieblingsautoren und -übersetzer bei webnovel.com