Ruobing tidak dapat mempertahankan diri daripada soalan bertalu-talu yang ditanyakan.
Keadaan ini tidaklah mengejutkan kerana dia bukan pencipta asal sejak dari awal lagi…
Dia cuba untuk mencari alasan tetapi dia tidak tahu dari mana dia hendak mulakan.
"Mustahil untuk saya buat diagnosis sekarang. Kamu perlu memberi saya masa untuk menjalankan lebih banyak ujian dalaman dan analisis. Tetapi selepas saya mengenal pasti masalah ini, saya jamin kejadian ini tidak akan berlaku lagi. Jadi tolong berikan saya lebih banyak masa…" Ruobing cuba sedaya upaya untuk menjelaskan.
Xinghe ketawa kuat dari belakangnya. "Beri kamu masa satu juta tahun sekalipun kamu tidak akan mendapat diagnosis yang betul."
"Xia Xinghe, berhenti cuba untuk menyalahkan saya atas kemalangan ini! Kejadian ini boleh berlaku kepada sesiapa sahaja!" Ruobing menjerit dengan marah.
Unterstützen Sie Ihre Lieblingsautoren und -übersetzer bei webnovel.com