webnovel

Namanya ialah Xia Xinghe

Redakteur: EndlessFantasy Translation

Pengawal keselamatan juga manusia biasa. Mereka perlu dihormati seperti mana lelaki dan wanita lain yang bekerja. Sudah tentulah, mereka tidak begitu gembira dengan cara Wu Rong mengarahkan mereka.

"Puan Besar Xia, sebelum kami dapat melakukan sesuatu, kami perlu menentukan siapa yang betul dan siapa yang salah. Lagipun, jika kamu ialah – seperti yang kamu katakan – pemilik sah, kamu tidak perlu bimbang. Buka kotak itu untuk buktikan pemilikan kamu terhadap vila ini dan kami sudah tentu akan bawa Cik Xia ini keluar."

"Betul tu. Kalau kamu benar-benar pemilik sah, kenapa kamu tidak membuka kotak itu?"

"Kamu…" Wu Rong dipenuhi lahar kemarahan. Jika dia tahu pengawal keselamatan itu tidak berguna, sudah tentu dia tidak memanggil mereka awal-awal tadi.

Tambahan lagi, mana lah dia tahu mendiang Xia Chengwen mempunyai tempat simpanan rahsia di rumah?

Ianya hanyalah sekeping geran. Perlukah dia menyorokkan benda itu di tempat yang begitu rahsia?

Ianya bukan lah rahsia negara!

Walaupun dia sangat berang, Wu Rong tahu bahawa dia tidak boleh membiarkan Xinghe membuka kotak itu. Dia tidak tahu isi kandungan kotak itu tapi jika ianya benar-benar geran hartanah, itu akan menyulitkan Wu Rong untuk mempertahankan kenyataannya.

"Xia Xinghe, kamu perempuan biadap! Ayah kamu gagal mengajar kamu dengan baik jadi saya akan bantu dia untuk mengajar kamu pada hari ini!" Wu Rong mengangkat tangannya. Dia mahu memberikan satu tamparan kuat kepada Xinghe supaya Xinghe jatuh ke lantai. Kemudian, dia akan merampas kotak itu apabila Xinghe sudah jatuh.

Siapa sangka Xinghe akan bertindak balas lebih cepat daripadanya dan memberikan tendangan kepada lutut Wu Rong.

Wu Rong terjatuh sambil menjerit.

Tendangan Xinghe kelihatan lemah tetapi ianya hampir meretakkan kepala lutut Wu Rong. Dia terlupa yang Xinghe pernah menyertai kelas karate semasa muda.

"Xia Xinghe, kamu perempuan jalang! Berani kamu sepak saya!" Wu Rong menjeling padanya dan sedar bahawa Xinghe sedang membuka kotak insurans tersebut.

Daripada kotak itu, dia mengeluarkan sebuah buku kecil berwarna merah. Perkataan 'Geran Pemilikan Hartanah' tertulis pada muka hadapan buku tersebut.

Kemarahan Wu Rong segera bertukar kepada rasa tidak senang.

Kotak itu…benar-benar mengandungi geran hartanah.

Xinghe meletakkan kotak tersebut ke bawah dan menyelak helaian buku tersebut bagi semakan dua orang pengawal keselamatan itu. "Tengok, nama pemilik ialah nama saya, Xia Xinghe."

Lelaki-lelaki itu menjenguk lebih rapat. Xinghe tidak berbohong.

"Itu adalah geran palsu!" Wu Rong cepat cepat bangun dan meluru pada Xinghe dengan bengis tetapi sekali lagi, Xinghe berganjak ke tepi. Dengan sedaya upaya, Wu Rong mengawal dirinya supaya tidak jatuh dan mencederakan sebelah lagi lututnya.

"Wu Rong, kamu kata ini adalah palsu jadi apa kata kamu tunjukkan yang sebenarnya. Kita akan minta polis periksa kesahihannya."

"Saya tak akan biarkan kamu perdayakan saya untuk bawa keluar geran yang asli," Wu Rong berkata sambil mengetap giginya. Dia percaya bahawa selagi dia tidak mengesahkan kesahihan geran yang berada dengan Xinghe, Xinghe tidak akan dapat mendakwanya.

Selepas semua huru-hara ini berakhir, dia ada perancangan untuk membalas dendam kepada Xinghe.

Walau bagaimana pun, Xinghe tidak berniat untuk membiarkan semuanya berakhir begitu sahaja. Dia bukannya saja-saja datang mencari Wu Rong pada hari ini.

"Saya rasa kamu tidak mempunyai geran itu atau pun kamu hanya ada geran yang palsu. Jika kamu masih menolak untuk menunjukkannya, saya akan minta pengawal keselamatan ini untuk halau kamu keluar," ugut Xinghe.

Kedua-dua pengawal keselamatan itu memerhatikan Wu Rong.

Selepas kematian Chengwen, Wu Rong sudah terbiasa dengan gaya hidup mewah dan dimanjakan. Dia bukan lagi wanita sama yang boleh menelan semua benda dan merancang untuk masa hadapan.

Oleh itu, dia terkesan dengan sindiran Xinghe.

"Baiklah, jika kamu mahu lihat geran sebenar, saya akan tunjukkan pada kamu sekarang!" Dia meninggalkan bilik bacaan itu dan segera kembali dengan buku Geran Pemilikan Hartanah.

Buku itu sama dengan buku milik Xinghe, melainkan namanya tertulis sebagai pemilik.

Ini membuatkan pengawal keselamatan itu berdolak-dalik. Yang manakah geran sebenar? 

"Geran sebenar sudah tentulah yang saya pegang ini. Ayahnya meninggal enam tahun yang lalu, dia baru sahaja berusia 19 tahun. Mengapakah ayahnya meninggalkan harta kepada seorang remaja yang muda dan tidak berpengalaman sepertinya?" Wu Rong menerangkan dengan riak, seolah-olah mencabar orang lain melawan penerangannya.

Kedua-dua pengawal keselamatan itu merasakan hujahnya masuk akal dan syak wasangka mereka kembali beralih pada Xinghe.

Nächstes Kapitel