webnovel

Saya Tak akan Pulang Malam Ini

Redakteur: EndlessFantasy Translation

"Kamu makan sedikit sahaja. Sudah kenyang?" Qiao Ziqing menjerit dari meja makan. Ou Ming tidak mengendahkannya dan terus berjalan keluar.

Ibu bapanya dan Shen Manting dapat melihat bahawa Ou Ming tidak gembira.

Shen Manting berasa agak malu. Dia memandang Qiao Ziqing dan berkata, "Auntie, tak apakah kita paksa dia seperti ini?"

Qiao Ziqing menjawab, "Jangan salahkan diri kamu. Waktu Auntie dan Papa Ou Ming mahu berkahwin, Papa Ou Ming berkelakuan sama seperti Ou Ming sekarang. Waktu itu dia sangat tidak mahu berkahwin. Tapi kamu boleh lihat bagaimana baiknya layanan Papa Ou Ming terhadap Auntie sekarang. Percayalah cakap Auntie, lelaki memang perlu dipaksa. Kalau kamu tak paksa dia, dia tak akan faham."

Shen Manting mengangguk dan berasa lega. Dia tersenyum gembira dan berkata, "Nenek saya juga pernah cakap benda yang sama. Lelaki akan bertanggungjawab selepas mereka berkahwin. Ou Ming seorang yang bertanggungjawab, pasti dia akan jadi suami yang baik."

Qiao Ziqing berasa amat gembira mendengar pujian Shen Manting kepada anaknya. Selepas itu mereka kembali berbincang tentang perkahwinan Shen Manting dan Ou Ming.

Ou Ming berjalan keluar dari rumahnya dengan perasaan penuh jengkel. Selepas menyalakan sebatang rokok, dia mengeluarkan telefon bimbitnya dan menghubungi institusi kajian farmasi persendiriannya. Dia mahu tahu jika pakar-pakar di sana telah berjaya menjumpai cara untuk membuat ubat Shen Luo'an. Dia mendengar pakar itu menerangkan tentang kerja mereka dengan terperinci, tetapi malangnya ubat itu masih belum siap sepenuhnya.

Anginnya yang sudah tidak baik bertambah buruk. Dia tidak tahu bagaimana mahu memutuskan pertunangannya dengan Shen Manting tanpa ubat yang diperlukan oleh ibunya untuk terus hidup.

Saya menyesal. Kalau saya tahu akan jadi begini, saya tak akan pernah bawa Yu Lili balik ke Kingstown.

Keadaan tidak akan menjadi tenang buat masa yang lama. Ribut sedang mendatang dan akan menelan kami semua. Yu Lili amat sensitif sekarang. Jika saya beritahu dia tentang masalah ini, dia akan berfikir lebih teruk.

Apa yang patut saya lakukan?

Ou Ming terus menghisap rokoknya dan merasakan kepeningannya bertambah teruk. Dia mengeluarkan kunci dan berjalan ke arah keretanya. Namun belum sempat dia membuka pintu tempat pemandu, dia mendengar suara ayahnya. "Xiao Ou."

Ou Ming terus berpaling ke arah suara itu. Ou Huojin sedang berdiri di hadapan pintu. Walau dari jauh, Ou Ming dapat melihat mata ayahnya yang sama seperti matanya, tetapi dengan sedikit kedutan di sekeliling. Ou Huojin memandang anak lelakinya dengan pandangan penuh makna dan berkata, "Mari kita berbual."

*****

Angin Yu Lili sangat tidak baik kerana Ou Ming masih belum pulang.

Selepas makan malam, keinginannya untuk melukis hilang sepenuhnya. Dia hanya berbaring di atas katil sambil memikirkan pelbagai perkara. Dia mahu menelefon Ou Ming tetapi tidak berani.

Bagaimana jika dia fikir saya menjengkelkan?

Apa hak saya untuk tanya dengan siapa dia berada atau ke mana dia pergi?

Sebelum ini Yu Lili berasa amat bahagia dengan kehidupannya sekarang. Tetapi sekarang dia berasa amat kecewa.

Masih terlalu banyak masalah antara kita.

Yu Lili terlalu kecewa dan tidak dapat tidur. Dia bergolek-golek di katilnya buat masa yang agak lama sebelum akhirnya bangun dan mandi. Selepas itu dia pergi ke bilik kerja dan menyambung lukisannya tadi.

Sudah hampir jam 11 malam dan Ou Ming masih belum pulang.

Yu Lili merasakan hatinya runtun. Dia mengambil telefonnya dan terus menghubungi Ou Ming. Panggilan itu segera dijawab. "Kenapa kamu belum tidur?"

Soalan yang bernada lembut itu melegakan sedikit hati Yu Lili. Dia memuncungkan bibirnya dan berkata, "Saya tak boleh tidur tanpa kamu di sini. Kamu di mana?"

Ou Ming diam selama beberapa minit. Akhirnya dia berkata, "Saya tak akan pulang malam ini."

Kekecewaan Yu Lili memuncak sebaik mendengar kata-kata itu. Ia seakan menelan dirinya umpama ribut taufan yang kuat.

Nächstes Kapitel