webnovel

Pergi ke Hotel dan Buat Seks

Redakteur: EndlessFantasy Translation

Sebaik sahaja tiba di rumah, telefon Lu Yihan berdering. Nama Luo Zhan terpapar pada skrin. Lu Yihan mendengus sinis dan menjawab panggilan itu.

"Helo?" Kedengaran suara Luo Zhan yang agak tidak jelas.

"Kau mabukkah?"

"Sedikit… Aku tak boleh memandu. Mana kau?"

Lu Yihan berasa agak keliru mendengar suara itu, tetapi dia tidak mahu terlalu memikirkannya. Dia memandu ke tempat letak kereta bawah tanah dan berkata dengan malas, "Aku dah balik." 

"Sanggup kau?" jerit Luo Zhan. "Kenapa tak beritahu dulu? Aku minum sangat banyak dengan perempuan-perempuan ni!"

Lu Yihan mendengus sinis. Dia menanggalkan tali pinggang keledarnya lalu keluar dari kereta. "Aku rasa kau sedang berseronok. Suruh perempuan itu hantar kau balik, ataupun kau berdua boleh ke hotel dan buat seks. Okey, selamat tinggal."

Lu Yihan memutuskan talian. Luo Zhan memegang kepalanya dengan perasaan jengkel dan menyumpah dengan marah. "Lelaki tak berhati perut! Tak guna! Kenapa dia terlalu berhati-hati?"

"Luo Zhan, apa kau buat tu? Gadis-gadis sedang tunggu kau!" jerit Lao Li.

Luo Zhan menyimpan telefonnya dan menjerit, "Okey!"

***** 

Di dalam bar mewah itu, ramai gadis cantik datang dan pergi. Ada yang petah berkata-kata, ada yang menggoda. Ramai lelaki berlegar-legar di sekeliling gadis-gadis cantik itu untuk mencari target baru. 

Seorang gadis cantik berpakaian merah adalah yang paling menarik perhatian. Ramai lelaki memandangnya dengan penuh tertarik dan membuatkan gadis yang bersama mereka berasa tidak gembira. Gadis cantik itu duduk di atas kerusi bar yang tinggi dan menyilangkan kaki. Kakinya yang putih gebu kelihatan amat menggoda dan mempesonakan di bawah pakaian merahnya.

Seorang lelaki muda dan kacak menghampiri gadis itu sambil memegang gelas kristal yang cantik. Dia duduk di sebelah gadis itu lalu memesan minuman Bloody Mary, kemudian menoleh ke arah gadis itu dengan wajahnya yang kacak dan bersinar. "Si cantik, kamu nampak macam kurang gembira. Kamu datang seorang?"

Yu Lili berpaling ke arah lelaki itu dan memandangnya sekilas, kemudian tidak mengendahkannya.

Lelaki itu tidak tersinggung dan hanya ketawa kecil. "Boleh saya duduk di sini?"

"Bukankah kamu dah duduk?"

Lelaki itu ketawa lagi. "Nama saya Shen Zhilie, kamu?"

"Kenapa saya perlu beritahu kamu?" Yu Lili menjeling lelaki itu dengan mata cantiknya yang memukau. "Apabila Encik Shen nampak gadis cantik, adakah dia akan terus memikatnya seperti ini?"

"Tidak, tidak. Saya tak pernah kisah tentang rupa kawan saya, tak kira dia cantik atau hodoh," kata Shen Zhilie sebelum menghulurkan tangannya ke sebelah telingan Yu Lili.

Yu Lili terkejut dan mahu mengelak, tetapi tiba-tiba dia mendengar bunyi perlahan dari tepi telinganya sebelum melihat sekuntum ros merah.

Shen Zhilie kembali duduk. "Kamu percaya dengan silap mata? Sesetengah orang dapat meneka dengan hanya sekali pandang, kamu salah seorang," kata lelaki itu sambil menghulurkan ros itu kepada Yu Lili dengan senyuman. "Apa nama kamu?"

Yu Lili tersenyum lalu mengambil ros itu dan berbisik, "Li Xiaoyu."

"Lee? Atau Li?"

"Maksudnya ikan kecil di subuh hari."

"Nama yang cantik." Ketika mereka berbual, pelayan bar menghulurkan Bloody Mary. "Rasalah minuman paling terkenal di sini, ia sejenis wain yang sangat istimewa."

Yu Lili ketawa sinis dalam diam apabila melihat wain itu. Bloody Mary tiada bau alkohol pada awalnya, tetapi ia mempunyai kesan kuat yang akan datang kemudian. Ramai lelaki memesan wain itu bagi memperdaya gadis yang tidak begitu bijak, kemudian mereka akan dapat membuat apa-apa sahaja yang mereka suka.

Namun Yu Lili berpura-pura tidak tahu tentangnya dan bertanya, "Apa ini?"

Nächstes Kapitel