webnovel

Penjelasan Lu Yihan

Redakteur: EndlessFantasy Translation

Su Qianci berasa marah lalu mula menaip hantaran baru sambil menyertakan bersama gambar awan yang diambilnya menggunakan telefon Li Sicheng tadi:

1. Ini kehidupan peribadi saya. Saya tak perlu jelaskan apa-apa kepada sesiapa selain keluarga saya;

2. Perbuatan ini bukan sahaja mencabuli hak peribadi dan nama baik kami, malah mengundang fitnah;

3. Saya tidak pernah mendedahkan gambar anak-anak saya kepada umum. Saya tidak menafikan saya seorang figura umum, tetapi anak-anak saya bukan. Pastikan kamu padam gambar-gambar tersebut, jika tidak kamu akan terima surat daripada peguam saya dan kami akan jumpa kamu di mahkamah;

4. Li Sicheng ialah suami saya dan saya amat mencintai dia. Kami tak pernah bercerai, jadi saya tiada bekas suami. Kami tidak akan pernah bercerai.

5. Kebakaran empat tahun lalu tidak menarik nyawa suami saya. Saya sentiasa percayakan itu dan semua yang mengikuti saya sejak bertahun lalu tahu itu. Sekarang dia sudah kembali, jadi boleh kamu berhenti membuat spekulasi tentang kesihatan mental saya?

Akhir sekali, terima kasih atas perhatian dan sokongan kamu. LS bersama kamu semua.

Sebaik sahaja hantaran itu dimuat naik, telefon Su Qianci terus tidak berhenti-henti berbunyi.

Beratus-ratus komen menderu masuk dalam masa yang singkat:

[Qianqian Hebat]: Syabas! Ayat terakhir itu membuatkan saya terharu

[Qianqian Qianqian]: Hebat, beginilah! Si bodoh itu semua memang mengarut [emoji ketawa]

[Si comel yang jujur]: Setiap kali SuSu muat naik gambar anak-anaknya, dia selalu tutup wajah mereka. Penulis blog bodoh itu sesuka hati tidak menutupnya! Tapi anak-anak kamu sangat comel, terutama anak perempuan kamu. Saya mahu cium dia, terlalu comel! 

[Abang hanya seorang lagenda]: Bagus. Kenapa kamu perlu beri penjelasan kepada si bodoh itu? Saya peminat kamu sekarang!

[Mengaum]: Jadi bagaimana dengan lamaran itu? Kamu cuba elak perkara paling penting?

Su Qianci membelek hantaran Weibo itu dan menemui satu komen baru daripada rakannya. Selepas membacanya, Su Qianci terkedu.

[Lu Yihan]: Terima kasih atas perhatian semua. Saya dan Qianqian berkawan rapat. Kami dah kenal selama 13 tahun. Saya sentiasa menganggap dia sebagai sahabat baik saya. Tolong jangan buat spekulasi [emoji mengenyit mata]. Sesiapa yang kenal dia tahu dia bagaimana. Su Qianci seorang gadis yang menarik, memang tak dapat dinafikan. Tapi saya hanya beri dia bunga sempena 13 tahun persahabatan kami. Cincin berlian itu simbol persahabatan kami yang akan kekal selama-lamanya [emoji ketawa]. Kamu semua fikir terlalu jauh! @SuQianci mari ke sini dan buat penjelasan, kamu tak boleh berperangai tak berhati perut seperti ini wahai kawan baik! [emoji marah] Saya terlalu sibuk untuk menjelaskan kepada semua orang! Bersihkan nama kita atau saya tak akan beri hadiah hari jadi kamu!

Su Qianci merasakan hatinya pedih dan matanya mula basah.

Li Sicheng keluar dari bilik air dengan hanya memakai tuala sambil mengelap rambutnya. Wajahnya berkerut sebaik melihat isterinya sedang bersedih. "Apa yang berlaku?"

Su Qianci menggeleng dengan wajah kemerahan dan menekan komen yang membalas komen Lu Yihan itu:

[Isteri Lu Yihan]: Betulkah? Sebelum ini kamu tak cakap begitu! [emoji patah hati][emoji menangis]

[Dewa makan melon]: Oh begitu rupanya [emoji berfikir] Saya percayakan kamu

[Orang ini dah mati, cari dia di neraka]: Oh Tuhan, betulkah begitu? Saya tahu SuSu tak akan terima lamaran kamu. Rupanya kamu berdua sahabat baik [emoji bertepuk tangan]

[Peminat SuSu]: Hei, kalau kamu berani tidak beri SuSu hadiah hari jadi, saya tak akan muat turun aplikasi kamu. Jangan cabar saya!

Nächstes Kapitel