webnovel

Fikir Dahulu Sebelum Cari Pasal dengan Keluarga Li!

Redakteur: EndlessFantasy Translation

Su Qianci berasa keliru dengan maksud lelaki itu sebaik mendengar kata-katanya. Belum sempat dia berkata apa-apa, Su Qianci merasakan lehernya dikucup. Lelaki itu mengucup dengan kuat dan membuatkan Su Qianci menjerit kesakitan.

Jangan, jangan!

Sejak hampir empat tahun lalu, dia tetap kekal membujang demi menyambut kepulangan Li Sicheng dan memberitahu suaminya itu hatinya tidak pernah berubah. Walaupun Li Sicheng hilang dan Su Qianci sendiri tidak pasti adakah suaminya masih hidup, dia sentiasa menunggunya dengan setia. Sekarang, bagaimana mungkin dia… Air matanya terus mengalir dan dia bergelut semakin kuat.

Tetapi tiba-tiba, lelaki itu bangun dan membuka pintu. Kemudian dia terus keluar lalu menutup pintu itu kembali.

Tindakan lelaki itu sangat pantas sehingga Su Qianci terkaku. Bilik itu kini sunyi tanpa sebarang bunyi. Su Qianci terbaring, mengebilkan matanya dan tersedar dengan apa yang berlaku selepas seketika. Dia duduk lalu memegang lehernya. Dia cuba membuka suis lampu, tetapi menyedari elektrik bilik itu telah diputuskan. Apa sebenarnya yang dimahukan lelaki itu hingga perlu mencabut wayar elektrik? Su Qianci berasa gementar. 

Su Qianci menyapu air matanya lalu mengambil beg tangannya sebelum ke bilik air untuk membetulkan pakaian. Lebam pada lehernya jelas menunjukkan dia telah dikasari. Su Qianci memercikkan air dengan marah. Dia memakai baju yang mendedahkan bahu dan lehernya boleh dilihat dengan jelas. Kesan yang amat jelas pada lehernya akan menimbulkan khabar angin yang dia mempunyai hubungan sulit.

Su Qianci berasa amat marah sehingga menggigit bibirnya. Dia tidak menangis sebaliknya duduk di atas mangkuk tandas dan mengeluarkan alat solekan untuk menutupi kesan itu. Selepas meletakkan banyak lapisan krim asas, dia berjaya membuatkan kesan itu tidak terlalu jelas. Kemudian dia membuka ikatan rambutnya dan melindungi kesan itu sebelum keluar dan bergegas ke kaunter pertanyaan.

Dia telah mencatat nombor bilik itu. Tiba di kaunter pertanyaan, Su Qianci terus berkata, "Tolong periksa bilik XX untuk saya."

"Puan nak tempah bilik ini? Ini bilik biasa, harganya 1,288$."

Dahi Su Qianci berkerut. "Bilik ini kosong?"

"Ya. Puan nak saya tempahkan bilik ini untuk Puan?"

"Tak apa, terima kasih." Su Qianci beredar dari situ dan menelefon Luo Zhan.

Panggilan itu segera dijawab dan kedengaran satu suara malas, "Helo?"

"Kamu ada masa? Tolong saya periksa CCTV hotel ini."

Selepas memberitahu lokasi CCTV itu kepada Luo Zhan, Su Qianci berasa marah apabila teringatkan kejadian tadi. Jika lelaki itu berjaya ditangkap olehnya, dia akan memastikan Li Jinnan atau Li Beixing memberi pengajaran secukupnya kepada lelaki itu! Lelaki itu perlu tahu dia tidak boleh bermain-main dengan ahli keluarga Li!

"Masanya?"

"Dari jam 7 hingga 8 tadi."

Luo menekan papan kekuncinya dan kemudian berkata, "Saya tak dapat carinya. Ia telah digodam."

Hati Su Qianci runtun. "Apa maksud kamu?"

"CCTV itu gelap sejak jam 6 petang. Jelas ia telah digodam." Luo Zhan juga merasakan ia tidak dijangka. "Kamu perlukannya untuk apa?"

Pada awalnya Su Qianci mahu menjawab pertanyaan itu dengan jujur. Tetapi dia segera berhenti dan menggunakan alasan lain. Dia tidak dapat memberitahu Luo Zhan yang dia telah ditarik ke dalam sebuah bilik dan hampir dirogol. Pasti buruk akibatnya andai berita itu tersebar. Tetapi dengan CCTV yang digodam…

Nächstes Kapitel