webnovel

Seluruh Tubuhnya Sakit

Redakteur: EndlessFantasy Translation

Su Qianci berasa sangat sejuk. Dia merasakan seperti sudah terlalu lama dia pengsan. Seluruh tubuhnya terasa sakit. Dia juga berasa sejuk dan panas pada masa yang sama. Su Qianci mengerang kesakitan. Tiba-tiba dia merasakan sesuatu yang sejuk diletakkan di atas kepalanya sebelum dia tertidur kembali. Apabila dia terjaga selepas itu, suasana sudah menjadi cerah. Su Qianci melihat jam eletronik di dinding menunjukkan pukul lima pagi. Seseorang sedang menonton TV di katil sebelah kanannya manakala di katil sebelah kiri, seorang jururawat sedang memasang drip pada pesakit.

Menyedari Su Qianci telah sedar, jururawat itu segera datang dan meletakkan tangan di atas dahinya. "Kamu masih demam, tapi baguslah kamu dah sedar."

Su Qianci agak terkejut. Dia cuba bergerak dan berasa sangat sakit. Dia mula menyedari tubuhnya tersangat panas.

"Kamu nak air?" Jururawat itu menuangkannya segelas air suam dan membantunya duduk sebelum menyuapkan air itu kepadanya. "Bagaimana kamu rasa?"

Su Qianci mengangkat tangannya dan ia juga terasa sakit. Dia menjawab perlahan, "Sakit…"

"Suhu badan kamu 104.0 darjah celcius. Kamu masih tak sihat." Jururawat itu membaringkan Su Qianci dan berkata, "Nasib baiklah kamu dah sedar. Lelaki yang datang bersama kamu tak begitu bernasib baik. Dia masih di dalam ICU."

"Lelaki yang datang bersama saya? Siapa?"

"Kamu tak tahu?" Jururawat itu menukar drip Su Qianci sambil berkata, "Seorang lelaki yang baik hati bawa kamu dan dia ke sini. Saya ingatkan dia ayah atau saudara kamu. Dia dalam lingkungan 40-an dan dia ditembak dengan pistol. Dia hilang banyak darah tapi dia berjaya selamatkan kamu dari dalam sungai. Jika bukan kerana dia, kamu mungkin dah tak bernyawa sekarang."

Su Qianci segera teringat tentang lelaki itu dan berkata perlahan, "Rong Haiyue…"

"Ya, itulah namanya. Kami dah telefon isteri dia." Selesai menguruskan Su Qianci, jururawat itu berkata, "Saya pergi ambil ubat untuk kamu."

"Terima kasih," kata Su Qianci. Kesakitan dan kepanasan yang dirasakan amat menyeksanya. Tanpa sedar dia menggerakkan kakinya. Kesakitan pada kakinya mengingatkannya tentang sesuatu. Ketakutan dan kekecewaan terus menyelubungi hatinya. Su Qianci memusingkan tubuhnya dan menggigit jarinya yang digenggam. Dia telah dirogol… oleh Monyet yang menghidapi AIDS… Sejak kecil, dia selalu sihat dan jarang menghidapi demam sebegini… Adakah dia juga sudah dijangkiti AIDS? Adakah dia akan mati?

Tetapi dia baru berusia 21 tahun. Dia tidak mahu mati. Dia mahu melahirkan anak-anak Li Sicheng. Dia mahu menyambut hari jadi Atuk. Dia mahu hidup lebih lama… Semakin dia memikirkannya, Su Qianci menangis semakin kuat. Badannya mengerekot dan menggeletar. Tiada ubat untuk penyakit AIDS… dan dia akan mati dalam keadaan yang mengerikan. Kepalanya diasak dengan fikiran yang negatif. Dia tidak tahu apa yang harus dilakukannya. Su Qianci menangis tersedu-sedu sambil menggigit jarinya.

Sebaik jururawat itu kembali, dia terkejut melihat keadaan Su Qianci. "Apa yang berlaku? Kamu rasa sakit sangat? Makan ubat ini."

Su Qianci menggelengkan kepalanya. Jururawat itu membantunya bangun dan menyuapkannya sedikit air. Su Qianci mengambil beberapa pil yang diberikan jururawat itu dan menelannya. Walau bagaimanapun, selepas dua minit menelan kesemua pil itu, Su Qianci mula muntah.

Nächstes Kapitel