webnovel

Lelaki itu ada… AIDS?

Wajah Su Qianci bertambah pucat. Dia menjerit dan berundur, "Jangan dekat dengan aku!"

Monyet menjilat bibirnya dan ketawa. "Perempuan jalang itu memang teruk. Dia langsung tak beritahu dia sedang sakit. Aku sepatutnya pakai kondom. Aku terus jatuh sakit dan tiada siapa mahu upah aku lagi. Hei tapi tunggu, Bos, kau upah aku sebab aku ada AIDS kan?"

"Kalau bukan kerana itu, aku akan upah orang lain."

"Haha, nampaknya berbaloi juga aku dapat penyakit ini," kata Monyet lalu mengangkat Su Qianci.

Puan Tang terus menahannya dan bertanya, "Apa kau buat ini?"

"Cari bilik!"

"Bilik? Buat di sinilah!" Salah seorang anak buah PuanTang berkata dan melemparkan satu botol kecil kepada Monyet. "Ambil ini, ia akan buat kamu rasa hangat."

Monyet menjadi lebih teruja dan menggosok kedua-dua tangannya. "Nak aku mengganas ya? Bagus." Dia mengambil pil dari botol kecil itu lalu menelannya sebelum menanggalkan bajunya.

Puan Tang mengeluarkan telefonnya dan merakam mereka. Su Qianci tidak menyedari apa yang dilakukan Puan Tang itu. Dia terus menangis ketakutan sambil berundur dan merayu, "Tolonglah.. Tolong jangan. Saya boleh beri kamu wang. Saya boleh carikan tempat untuk kamu ubati penyakit itu. Berapa pun kamu minta… saya boleh berikannya… Tolong jangan sentuh saya…"

Pil yang ditelan Monyet terus menunjukkan kesannya. Matanya kini merah membara. Dia membuang ikatan pada kaki Su Qianci.

"Tolong! Sesiapa tolong saya!" Su Qianci menjerit dengan suara yang nyaring.

Su Qianci diselubungi kesedihan yang teramat. Dia tidak pernah setakut itu sebelum ini, malah ketika dia ditolak ke dalam sungai oleh Tang Mengying juga, ketakutannya tidak sampai tahap ini. Dia berasa terseksa, terdesak, malu, marah dan paling teruk, dia berasa tidak berdaya. Sebaik sahaja ikatan kakinya dibuka, dia terus menendang dan tendangan itu terkena tepat pada muka Monyet.

"Wow, berani. Aku suka!" Monyet ketawa dan terus menerkam Su Qianci. Puan Tang berhenti merakam dan menghantar klip video itu kepada Li Sicheng.

Kereta hitam mewah itu terus meluncur dengan sangat laju di atas jalan raya. Pemandu-pemandu lain tidak berani menghampiri kereta itu. Walaupun dikejar oleh beberapa kereta polis, Li Sicheng langsung tiada niat untuk berhenti.

Lima belas minit!

Tiga puluh minit sudah berlalu tetapi dia masih jauh dari tempat Su Qianci berada.

Mata Li Sicheng kelihatan membara. Ini kali pertama dalam hidupnya memandu selaju itu. Ia juga kali pertama dia sangat tergesa-gesa dan dikejar oleh polis.

Dia sudah hampir tiba.

"Tunggu saya. Tunggu!"

Li Sicheng terus menekan minyak sehingga kelajuannya mencapai 180km/jam. Walau bagaimanapun, ia masih tidak cukup… Buat pertama kalinya dia berasa kesal kerana tidak memandu kereta sport. Bolehkah dia memandu lebih laju? Tiba di satu simpang, dia melihat cahaya lampu depan sebuah kereta menghampiri keretanya dan terus panik. Li Sicheng menekan brek dan hon serentak lalu memusingkan keretanya. Tayarnya yang bergesel di jalan menghasilkan bunyi yang sangat kuat. Pemandu kereta tadi terus menekan brek sebelum melihat Maybach hitam itu melintasi keretanya dan terus menghentam besi penghadang jalan.

Nächstes Kapitel