webnovel

Nenek Rong Berbohong Kepadanya

Redakteur: EndlessFantasy Translation

"Kamu di dalam? Mari kita berbincang," Li Sicheng cuba bercakap selembut yang mampu. Namun kedinginannya masih dapat kedengaran.

Su Qianci yang bersandar pada pintu itu menggigit bawah bibirnya dan tidak menjawab.

Selepas seketika, Li Sicheng memahami Su Qianci tidak akan membenarkannya masuk dan berkata, "Kamu patut tidur awal. Esok pagi saya hantar kamu ke kampus."

Su Qianci berasa lega apabila mendapati lelaki itu telah beredar. Entah kenapa, tubuhnya dibasahi peluh dingin. Selepas mandi, dia menyiapkan tugasannya sebelum tidur.

Pada tengah malam itu, pintu bilik Su Qianci dibuka oleh seseorang. Satu susuk tubuh yang tinggi dan kacak masuk secara senyap-senyap. Su Qianci yang masih tidur mengalihkan selimut dan menggumam sesuatu sebelum memusingkan tubuhnya.

Mata Li Sicheng bertukar lembut ketika dia mendekatkan wajahnya dan merenung isterinya itu. Su Qianci tidur nyenyak tanpa mengetahui Li Sicheng ada di situ.

Keesokan paginya, sebaik sahaja selesai mandi Su Qianci mendengar Nenek Rong memanggilnya, "Puan, mari sarapan."

"Saya tak mahu sarapan. Saya nak cepat, perlu ke kelas sekarang."

"Mana boleh. Puan mesti makan!" Nenek Rong berkata dengan suara yang agak kuat. "Puan sangat kurus dan tak makan banyak beberapa hari ini. Kalau terus begini, Puan akan jadi terlalu kurus dan tak cantik."

Su Qianci terpaksa menuruti kata-kata Nenek Rong, jadi dia turun ke tingkat bawah sambil membawa begnya. Walau bagaimanapun, selepas dia duduk di meja makan, dia melihat sekeliling dan tidak menjumpai orang yang dicarinya. Kemudian dia menyedari Nenek Rong memandangnya dengan pandangan mengusik. Entah kenapa, Su Qianci merasakan seolah-olah tertangkap. Dia tunduk dengan wajah yang kemerahan.

"Tuan dah pergi pejabat. Saya dengar syarikat ada projek baru yang berkolaborasi dengan syarikat Amerika, jadi dia akan pergi trip bisnes ke Chicago tengah hari nanti."

"Dia pergi trip bisnes?"

Nanny Rong mengangguk sambil menambah susu ke dalam gelas Su Qianci. "Ya. Dia akan pergi selama beberapa hari."

"Berapa hari?" Su Qianci tidak dapat menahan dirinya daripada bertanya.

Nenek Rong tersenyum lebar dan bertanya separuh bergurau, "Kamu tak tahu? Dia balik rumah semalam, bukan?"

Melihat pandangan yang sukar ditafsir pada wajah Nenek Rong, Su Qianci berasa keliru. Dia menggigit sandwicnya dan berkata, "Dia tak beritahu saya…"

"Lima hari." Suara dalam yang amat dikenalinya membuatkan Su Qianci terpaku. Dia memandang Nenek Rong. Nenek Rong baru sahaja memberitahunya Li Sicheng sudah pergi ke pejabat. Adakah Nenek Rong berbohong?

Melihat pandangan Su Qianci, Nenek Rong terus berpaling ke belakang. "Saya perlu basuh pakaian."

Li Sicheng berjalan ke arah Su Qianci dan melihat jam tangannya sebelum berkata, "Dah pukul 7.30. Saya akan hantar kamu ke kampus."

Su Qianci yang agak kecewa dengan pembohongan Nenek Rong tidak memandangnya dan berkata perlahan, "Saya boleh pergi sendiri…"

"Kamu pasti boleh dapat teksi di kawasan ini?"

Rumah mereka terletak di kawasan vila, jadi teksi amat jarang lalu di situ. Su Qianci tahu dia akan terlewat sekiranya terus menolak. Jadi dia perlu dihantar oleh Li Sicheng? Tetapi dia teringat tentang kejadian beberapa malam lepas di dalam kereta… Mata Su Qianci tiba-tiba menjadi basah. Dia menundukkan wajahnya tanpa berkata apa-apa.

Li Sicheng tersenyum mengejek dirinya sendiri dan berkata perlahan, "Saya bergurau saja. Yang ada di luar." Kemudian dia terus keluar dari rumah itu sambil tangannya menggenggam penumbuk. Matanya menunjukkan keperitan yang dirasainya yang tidak disedari oleh Su Qianci…

Nächstes Kapitel