webnovel

Apa yang Keras Sangat Ini...

Redakteur: EndlessFantasy Translation

"Tunggu dulu…" Su Qianci memintas kata-katanya.

Song Yifan memandangnya, tetapi Su Qianci tiba-tiba terdiam.

"Keputusan kamu," kata Li Sicheng.

"Adakah kamu ayah kandung saya? Saya sebenarnya anak Rong Xuan, kan?" tanya Su Qianci.

Song Yifan teragak-agak seketika sebelum menjawab, "Saya tak tahu." Dia tidak berani untuk mengetahuinya. Dia tahu Li Sicheng sudah membuat satu ujian DNA untuk mereka, tetapi dia tidak mahu melihat keputusannya.

Su Qianci bertanya kepada Li Sicheng, "Adakah dia ayah saya?"

Li Sicheng tidak menjawab.

Su Qianci teragak-agak. "Ini terlalu tiba-tiba. Boleh kamu bagi saya sedikit masa untuk fikirkannya?"

"Sudah tentu." Song Yifan tersenyum. Su Qianci tidak terus mengatakan tidak. Ia memberikannya harapan, dan itu sahaja sudah cukup baginya.

Sheng Ximing datang dengan membawa sebotol champagne di tangannya dan berkata, "Lupakan dulu tentang perkara berat. Hari ini hari jadi kamu, dan nah untuk kamu!" Sheng Ximing mencungkil kuat penutup botol itu lalu cecair keemasan meledak keluar. Dia menuangkan champagne itu ke dalam gelas yang tersusun dan menghulurkannya kepada semua di situ. "Ok, selamat hari jadi!"

Ketika semua orang sedang berseronok, Kapten Li hanya duduk di satu sudut. Dia telah dipesan supaya jangan meminum alkohol dan jangan terlampau gembira. Kapten Li mengeluh dan berkata, "Muzik klasik sesuai untuk hari seperti ini." Dia mencari lagu kegemarannya pada skrin mesin karaoke yang berada di situ dan terus menekannya. Sebaik pembesar suara terpasang, semua orang terhenti dan memandang satu sama lain.

Su Qianci melihat sekeliling dan ternampak Kapten Li yang sedang duduk di satu sudut. Dia mengangkat gelasnya ke arah Kapten Li sambil tersenyum. Kelihatan beberapa hidupan laut berenang-renang di sebalik tingkap kaca yang mengelilingi mereka. Ini restoran yang paling romantik antara semua.

Walau bagaimanapun, satu lagu klasik tiba-tiba kedengaran melalui pembesar suara. "Hari ini hari yang indah. Moga semua impian kalian menjadi kenyataan…"

Su Qianci tidak dapat menahan dirinya daripada ketawa, lalu menumpahkan sedikit champagnenya ke baju suaminya. Li Sicheng yang tidak gembira segera menyapu tuksedonya. Walau bagaimanapun, apabila melihat Su Qianci ketawa girang, dia tidak mampu mengelak untuk tersenyum. Li Sicheng memeluk pinggang isterinya itu dan turut berkongsi kegembiraannya.

Sheng Ximing dan Song Yifan turut ketawa. Lagu klasik itu terus dimainkan, malah Kapten Li turut menyanyi bersama dengan mikrofon di tangannya.

Ia hari jadi yang terbaik.

Su Qianci minum terlalu banyak. Mukanya kemerahan dan dia tidak mampu berjalan dengan betul. Li Sicheng memimpin tangannya. Sebaik keluar dari restoran itu, angin sejuk yang menyapa wajahnya membuatkan Su Qianci berasa sedikit segar.

"Kamu okey?"

Su Qianci berdiri tegak dan berkata, "Ya!" Suaranya agak terlalu kuat.

Li Sicheng tersengih dan memeluknya lalu berbisik, "Jadi bolehlah saya bawa kamu tengok bintang."

"Bagus, terbaik." Su Qianci meletakkan lengannya di sekeliling leher Li Sicheng dan merenung wajah kacak itu dengan matanya yang kabur. "Seperti bintang yang berkelipan di langit?"

"Ya."

"Mmmm…" Lengan Su Qianci terkulai lemah dan tubuhnya mula jatuh ke bawah.

Li Sicheng mahu menahannya, tetapi ia mustahil. Badan Su Qianci meluncur turun seperti seekor belut yang licin. Akhirnya, lengan Su Qianci berada pada pinggang Li Sicheng, manakala mukanya berada di… Li Sicheng terkaku ketika dia merasakan kehangatan luar biasa mula menjalar ke seluruh tubuhnya.

"Saya tak mahu berjalan lagi. Dukung saya," kata Su Qianci sambil menghembuskan nafasnya yang hangat. Kemudian dia merasakan sesuatu terkena pada mukanya, lalu menepuknya dan merungut, "Apa benda yang keras sangat ni?"

Li Sicheng menelan air liurnya dan dia berkata dengan nafsunya yang tertahan, "Bangun."

"Okey…" Su Qianci mengikuti arahan itu, tetapi mustahil baginya untuk berdiri dengan stabil di atas kasut tumit tinggi itu. Dia terus jatuh kembali ke tempat tadi. Li Sicheng dapat merasakan dengan jelas bibir yang lembut itu di atas seluarnya…

Nächstes Kapitel