webnovel

Dibuntingkan

Redakteur: EndlessFantasy Translation

Sebaik mendengar kata-kata Tang Zhengqao, Tang Mengqing terus menggeletar ketakutan. Tang Mengying segera berkata dengan nada amaran, "Qianci pasti dah tersilap."

Oleh kerana mereka pernah berkawan rapat, Su Qianci faham benar apa yang cuba Tang Mengying isyaratkannya kepadanya. Walau bagaimanapun, dia berpura-pura tidak faham dan berkata dengan wajah kebingungan, "Tak mungkin. Saya masih ingat…"

"Su Qianci!" Puan Tang tidak dapat menahan dirinya daripada menjerit. "Jangan sebar fitnah. Nanti ia berbalik kepada kamu."

Su Qianci segera menutup mulutnya dan berpura-pura takut. Namun, sesiapa sahaja pasti sudah dapat meneka wanita-wanita keluarga Tang sedang cuba menyembunyikan sesuatu.

Malah Tang Zhenghao juga dapat merasakan isteri dan anak sulungnya sedang cuba melindungi Tang Mengqing. Reaksi mereka telah mengukuhkan lagi kata-kata Su Qianci.

"Kamu dibuntingkan?" tanya Tang Zhenghao dengan nada yang cuba menahan marah sambil memandang anak bongsunya itu.

Tang Mengqing yang menggeletar cuba bersembunyi di belakang kakaknya dan tidak berani berkata apa-apa.

Tang Mengying merenung Su Qianci tajam sebelum memaut bahu Tang Mengqing dan berkata, "Ayah, jangan…"

"Betulkah?!" Tang Zhenghao melenting dan menghentak meja dengan kuat.

Su Qianci tidak menyangka Tang Zhenghao akan kelihatan amat menakutkan, kerana lelaki itu kebiasaannya berperwatakan baik hati.

Tang Mengqing sudah mula menangis. "Kenapa ayah tak percayakan saya? Ayah ingat Su Qianci bercakap benar? Siapa anak ayah sekarang…"

Puan Tang yang terkejut dengan tengkingan suaminya terus memeluk anak perempuannya itu. "Kamu menakutkan anak kita."

"Betul itu, ayah. Kasihan Mengqing ketakutan," kata Tang Mengying. "Kita bincang di rumah saja."

Tang Zhenghao tidak mengendahkan mereka dan memandang Su Qianci, "Qianci, beritahu saya perkara sebenar."

Su Qianci dapat merasakan renungan tajam daripada wanita-wanita keluarga Tang, tetapi tidak dapat mengelak daripada berasa gembira. Bukankah mereka mahu mengenakannya? Jadi baik dia menyerang dahulu. Su Qianci berpura-pura teragak-agak dan menoleh ke arah ibu mertuanya seolah-olah meminta bantuan.

Sebaik Qian Shuhua menggelengkan kepalanya, Su Qianci terus berkata dengan nada kesal, "Mungkin ada salah faham. Saya mesti dah tersilap. Maafkan saya, Pak Cik Tang…"

"Betul?" Tang Zhenghao melontarkan pandangan tidak percaya.

Su Qianci membuat wajah kecewa dan mengangguk selepas berfikir seketika.

Sebaik melihat reaksi Su Qianci itu, Tang Zhenghao telah dapat menangkap perkara yang sebenarnya berlaku. Namun semuanya hal keluarga, dan oleh sebab Su Qianci telah berkata begitu, dia akan berpura-pura semuanya hanya silap faham dan akan berusaha menyembunyikannya. Wajahnya kelihatan bengis ketika dia menyumpah dalam hatinya.

Beberapa minit kemudian, Su Qianci meminta diri untuk pergi ke tandas. Walau bagaimanapun, sebaik sahaja dia selesai dan ingin keluar, seseorang telah menunggunya di situ. Wajah Tang Mengqing kelihatan menyinga sebaik sahaja melihat Su Qianci, lalu perempuan itu mengangkat tangannya untuk menampar Su Qianci.

Nächstes Kapitel