webnovel

Bab 262

Redakteur: EndlessFantasy Translation

Awan yang berarak melewati sang bulan sekaligus meliputi cahayanya yang paling terang. Selapisan kegelapan yang menyelimuti seluruh kawasan kini telah dirosakkan dek objek yang pecah, lantas diikuti dengan deruan angin yang bertiup ke arah kaki langit yang nun terletak di kejauhan.

"Faham," Xuan Mo mengangguk.

Nalan Hongye terdiam seketika sebelum mengarahkan, "Laporkan kepada Jeneral Yang untuk bersiap-sediakan pasukan tentera untuk operasi berkoordinasi dengan Yan Bei. Bersiap sedia untuk menentang Empayar Xia."

Pemuda yang sedang berdiri di dalam kegelapan itu segera meraih pandangannya sambil merenung wanita di hadapannya itu dengan pandangan terkejut dan juga tidak percaya. Nalan Hongye yang bagaikan langsung tidak menyedari kejutan yang terpampang jelas pada wajah pemuda itu telah menarik nafas panjang sebelum menyambung dengan tenang, "Xuan Mo, penjahat-penjahat dah pun memasuki daerah Lautan Timur. Kali ini, saya harus bergantung pada awak sekali lagi untuk mempertahankan Sempadan Timur untuk saya."

Buat seketika, menara putih itu dihurung kesepian yang tidak tergantung. Xuan Mo membenamkan kakinya pada lantai bagaikan sebatang pokok tua. Dia merenung wajah wanita itu sementara memori-memori lama terlayang di mindanya, menambahkan lagi kebisuan diri.

Mereka telah bermain bersama-sama semenjak mereka masih muda lagi kerana Xuan Mo merupakan anak kepada keluarga bangsawan Tang. Pemuda itu juga telah mendapat anugerah daripada pihak istana dengan pelantikan untuk dijadikan sebagai pengawal peribadi wanita itu dan telah menjadi saksi kepada kejelitaannya semasa dia membesar. Apabila berita tentang kemangkatan Maharaja tersebar, pemuda itu telah meluangkan selama tiga hari dan tiga malam untuk bersusah payah memujuk ayahnya supaya melupakan rancangannya untuk merampas kuasa pihak istana. Malah, pemuda itu telah membantu kakanda Nalan Hongye untuk mendapatkan takhta, sekaligus menjadikan wanita itu sebagai seorang puteri.

Semenjak itu, Xuan Mo telah menyokong setiap pilihan yang telah dibuat wanita itu untuk bertahun-tahun, membuktikan dirinya sebagai pengikut Nalan Hongye yang paling setia dengan memenuhi setiap perintah wanita itu. Bahkan, dia telah mengahwini puteri milik salah seorang menteri berkuasa.

Kini, kemakmuran Empayar Song sedang terjejas dengan teruk, lebih-lebih lagi apabila pasukan tentera Yan Bei sedang berarak untuk menuju ke arah empayar tersebut. Namun, wanita itu telah menugaskan Xuan Mo untuk menyelesaikan pertempuran-pertempuran kecil yang berlaku di Laut China Selatan pada saat yang begitu kritikal. Pada saat itu, pemuda itu mengerti apa yang tersirat di sebalik perintah itu. Dia sedikit demi sedikit berasa tenang dan kembali ke perwatakannya yang berkeyakinan seperti selalu sebelum melutut dan membalas, "Ya, patik faham."

Semasa seluruh kejadian ini sedang berlaku, Nalan Hongye dihurungi perasaan gementar dan kebimbangan sementara penumbuknya digenggam erat. Hanya setelah Xuan Mo membalas dengan tenang barulah wanita itu melonggarkan genggaman tangannya. Dia berpaling dengan ketenangan yang tidak tergambar sementara serbuk keemasan yang terletak di hujung matanya mempamerkan niat yang terselindung di sebalik anak mata. Wanita itu berasa yang sebuah penjelasan harus didengari. "Sebuah pertempuran besar pasti akan berlaku di antara Yan Bei dan Empayar Xia. Kedua-dua belah pihak pasti akan mempunyai jumlah angka korban yang sungguh banyak. Awak sahaja orang yang saya percayai. Saya tak mahukan awak ambil apa-apa risiko."

Xuan Mo yang masih berlutut itu membalas dengan tenang, "Ya, patik faham."

Nalan Hongye mengambil nafas panjang dan lantas tersenyum. "Baiklah. Berdirilah, awak tak perlu tunjukkan formaliti itu dengan saya."

Namun, Xuan Mo masih berlutut dengan rambutnya yang memantulkan cahaya keperakan sang purnama manakala burung-burung gagak sedang berterbangan di luar sana. Angin malam yang bertiup menghembuskan jubahnya, serta-merta membuatkan sulaman yang terdapat pada jubah tersebut terkepak-kepak. Buat seketika, corak sulaman tersebut hampir menyerupai sebilah pedang dua mata yang boleh mencederakan sesiapa sahaja yang menyentuhnya. Pemuda itu kemudiannya mengeluarkan beberapa buah objek sebelum meletakkannya satu persatu di atas tangga jed putih.

Nalan Hongye yang kebingungan ingin membuka mulutnya untuk bertanya namun Xuan Mo dengan lembutnya telah menyampuk terlebih dahulu, "Semenjak patik tak tahu bila patik akan pulang dari tugasan ini, patik akan pulangkan hak kepimpinan ke atas Pasukan Tentera Jingji dan Xuanzi kepada Tuanku."

Sudah tentulah reaksi pertama Nalan Hongye ialah menolak permintaan tersebut. Namun, sebaik sahaja wanita itu terlihat dua buah token tersebut, dia tiba-tiba tersedar akan sesuatu. Pasukan Tentera Jinji pada awalnya berada di bawah kawalan Jabatan Ketenteraan. Setelah dia dan Xuan Mo bergabung kuasa untuk menjatuhkan jabatan tersebut, Pasukan Tentera Jingjing telah diresap masuk ke bawah kepimpinan Xuan Mo. Bagi Pasukan Tentera Xuanzi pula, tentera-tentera itu memang tentera peribadi Xuan Mo, jadi kebolehan peperangan mereka boleh dikatakan bagaikan pasukan tentera elit unit ketenteraan Empayar Song.

Wanita itu tersenyum sebelum melangkah ke hadapan untuk membantu pemuda itu berdiri sebelum berkata, "Baiklah, saya akan simpan token-token ini untuk awak. Saya akan pulangkan balik sebaik sahaja awak kembali."

Xuan Mo berdiri dengan bangga, namun masih mengekalkan rasa hormatnya kepada Nalan Hongye semasa dia memandang wajah wanita itu dengan tenang. Nalan Hongye meraih kepalanya dan tersenyum lembut manakala cahaya lampu memancarkan lagi lekokan lembut pada dagunya sambil juga memantulkan cahaya lembut pada anak matanya.

"Walaupun Raja Taiping dah memulakan pemberontakan, pembesar-pembesar lain seperti Raja Jingjiang mungkin akan memporak-perandakan keadaan juga. Selepas saya berangkat, Tuanku mesti tahu cara untuk melindungi diri."

Nalan Hongye tersenyum lembut, "Xuan Mo, selepas bertahun-tahun kita berkawan, awak masih meragui kebolehan saya ke?"

Xuan Mo menundukkan kepalanya. "Tuanku memang berbakat, saya tarik balik kata-kata saya."

"Baiklah, tak perlulah nak berformal sangat. Kita dah berkawan selama bertahun-tahun dan dah bantu sesama sendiri macam adik-beradik. Saya dah berjanji dengan awak dulu yang walau apa pun hala tuju yang bakal diambil oleh Dinasti Song di bawah pemerintahan ini, selagi saya yang berkuasa, saya akan pastikan yang keluarga awak akan mendapat penghormatan tertinggi."

Embun sudah mula membentuk pada pakaian mereka, membuatkan sulaman yang terdapat pada pakaian mereka menjadi lembap. Xuan Mo membalas, "Terima kasih, Tuanku. Dah lambat ini, jadi kalau tak ada apa-apa lagi, saya minta diri dulu."

Pada mulanya Nalan Hongye ingin terus menasihatinya dengan lebih lanjut, namun lidahnya bagaikan terkelu. Sebaliknya, dia mengangguk, "Dah gelap dah di luar itu. Suruh beberapa orang untuk menyalakan obor api."

"Baiklah, saya akan berbuat sebegitu." Setelah dia berkata, Xuan Mo mengucap selamat tinggal kepada wanita itu sebelum melangkah ke arah salah satu lorong. Cahaya bulan yang telah ditapis dek corak grid di atas bumbung telah memancarkan sebuah corak di atas jalan yang sedang diambil Xuan Mo. Tidak lama kemudian pemuda itu akhirnya melangkah keluar daripada menara putih tersebut untuk menuju ke arah dataran perarakan. Segala yang Nalan Hongye mampu nampak hanyalah sebuah bayangan yang sangat kabur semasa kegelapan malam itu semakin menghurungi pemuda itu.

Angin malam yang menderu meniupkan rambut wanita itu semasa dia berdiri tercegat, langsung tidak bergerak bagaikan sebuah patung arca. Dia lantas terkenangkan peristiwa-peristiwa yang telah berlaku semasa dia masih kecil. Semasa pelanunan masih lagi berleluasa di Laut China Selatan dan ayahandanya sebagai seorang Maharaja telah secara sendirinya memimpin pelbagai misi untuk menentang pihak musuh. Pada masa itu, Empayar tersebut sungguh berkuasa, menakluki seluruh kawasan laut dengan pasukan-pasukan tentera gergasi mereka dan juga sumber mereka. Nalan Hongye tidak faham akan sebab di sebalik ayahandanya, seorang Maharaja yang mempunyai angkatan tentera yang sungguh besar itu bakal menawarkan diri untuk mengetuai misi-misi di medan perang. Dirinya yang masih kecil itu sering menarik-narik hujung lengan jubah ayahandanya untuk bertanya dengan penuh bingung, "Ayahanda, kenapa Ayahanda tawarkan diri untuk ketuai misi di medan perang?"

Pada saat itu, bapanya mencuit lembut hidungnya sebelum membalas dengan tenang, "Tak ada sebab pun. Ini semua perkara yang Ayahanda patut selesaikan dan ini semua tanggungjawab Ayahanda. Kalau tidak, siapa lagi yang akan pikul tanggungjawab-tanggungjawab ini?"

Sementara dirinya yang masih kanak-kanak itu tidak memahami maksud yang tersirat di sebalik kata-kata ayahandanya, dirinya yang kini amat memahami kedalaman nasihat di sebalik jawapannya itu. Terdapat beberapa obligasi dan juga kewajipan yang seseorang itu perlu tanggung di dalam dunia ini, walaupun mereka tidak menginginkannya.

Kesilapan yang dilakukannya buat seketika telah memberi lebih banyak peluang kepada rakan sekutu Raja Taiping untuk meracuni Maharaja kecil itu yang bukan sahaja pekak, malah kini dia terpaksa melalui sebuah kematian yang menyeksakan disebabkan oleh racun tersebut. Kemangkatannya pasti akan menjatuhkan Empayar Song lebih jauh ke dalam jurang kehancuran di mana Raja Jingjiang dan juga Huai'an pasti akan mengaut keuntungan besar disebabkan hal itu. Pada masa itu, seisi Keluarga Nalan akan terhapus.

Yang lebih menyedihkan buat Nalan Hongye, setelah bertahun-tahun menceburkan diri dalam hal-ehwal keluarga dan juga keadaan politik negaranya untuk membantu Maharaja muda tersebut, semua yang diharapkan oleh keluarga-keluarga bangsawan ialah melihat hari kematian wanita itu. Adakah segala penat lelah nenek-moyangnya di medan peperangan dahulu kala itu semuanya ialah membenarkan orang lain yang mengambil peluang itu supaya dapat merebut takhta? Setelah bertahun-tahun kerja kerasnya, wanita ini tidak mungkin akan membenarkan Empayar tersebut jatuh ke tangan manusia-manusia seperti itu.

Kedudukan dominan Yan Bei di dalam benua itu lebih terpampar jelas dengan kejatuhan Empayar Song dan Empayar Tang dalam perang saudara sementara Empayar Xia pula tidaklah berada dalam situasi yang sebegitu baik. Daripada menunggu Qing'er mati supaya Empayar tersebut boleh jatuh ke tangan keluarga-keluarga bangsawan yang dibencinya, lebih baiklah jika wanita ini mengambil keputusan untuk melepaskan semua kawasan naungannya demi keselamatan dan keharmonian rakyat Song Huai. Ia juga bertujuan untuk meneruskan salah-silah keluarga Nalan. Lagipun, Yu'er masih lagi mempunyai tiga orang puteri muda dan dia juga mempunyai seorang ibunda gering untuk dijaganya. Tambahan pula, mereka juga masih lagi mempunyai sokongan daripada sesetengah menteri yang taat setia kepada mantan Maharaja…

Persetujuan ke atas tawaran yang telah diberikan pemuda itu bukan sahaja akan menjaga air muka Nalan, malah ia juga akan menggabungkan dua kawasan supaya menjadi sebuah pakatan kuat yang berkebolehan untuk meraih pencapaian-pencapaian yang tinggi. Ia memang sesuatu yang diingin-inginkannya semenjak dahulu lagi.

Pintu gerbang istana dibuka untuk membenarkan kelibat Xuan Mo untuk terus menghilang di sebalik kegelapan malam yang tidak berpenghujung. Tiba-tiba, rasa kehilangan terdetik di dalam diri Nalan seolah-olah dia juga sedang menghilang di sebalik keheningan itu.

Disebabkan oleh pihak ketenteraan yang berkeras untuk memasuk campur dalam pertempuran tersebut, dia terpaksa membuat keputusan untuk memerintahkan Xuan Mo supaya bergerak ke Sempadan Timur. Pengaruh kuasa ketenteraan besar yang dimiliki pemuda itu bermaksud dia telah menentang Jeneral Yang, lantas menghalang penguasaan ketenteraan yang penuh dan juga mungkin persekongkolan dengan Yan Bei. Apatah lagi apabila pembelotan Raja Taiping telah membuatkan wanita itu tersedar akan kepentingan kekuatan ketenteraan asli dan juga pengaruh kuasa di mana dia tidak akan pernah dapat menandingi kebolehan Xuan Mo. Semasa negaranya aman dan damai, wanita ini boleh menggunakan kuasanya untuk memulakan pertempuran-pertempuran kecil supaya dapat mengawal pemuda itu. Namun, apabila keadaan sudah bertambah rumit dan huru-hara, wanita ini terpaksa menjadi berwaspada dengan kuasa yang dimiliki pemuda itu.

Nalan hanya mampu berharap yang Xuan Mo dapat memahami kedudukannya sekarang.

Xuan Mo berjalan di sepanjang jalan istana yang kelihatan mewah itu sambil diiringi oleh pengawal peribadinya iaitu Jiang Wu dan juga kereta kudanya yang berkeriang-keriut apabila mengekori belakang mereka.

Kepercayaan tuan puteri kepada Raja Xuan bermakna yang kediaman lelaki itu terletak tidak jauh dari kawasan istana. Tidak lama kemudian, sekelompok lantera tiba-tiba muncul di hadapan pintu.

"Tuan dah kembali. Tapi, kenapa Tuan sedang bawa lantera yang tidak menyala ini?" Cik Puan Yu yang juga dikenali sebagai Yushu bertanya dengan penuh bingung. Gaun putihnya bergemerlapan apabila dipantulkan dek cahaya bulan.

Xuan Mo merenung ke bawah dan mendapati yang lanteranya masih belum dinyalakan dan kertas berwarna jed itu kelihatan sungguh layu di bawah cahaya lantera-lantera lain.

Pemuda itu lantas membalas dengan tenang, "Oh, saya lupa tadi," Sebelum bergerak keluar dari kawasan tersebut.

Yushu segera mengambil sehelai kot untuk diletakkan di atas bahu pemuda itu. Dia lantas membelai tangannya sebelum bertanya dengan penuh bimbang, "Kenapa tangan Tuan ini sejuk sangat?"

"Tak ada apa-apalah." Xuan Mo bagaikan langsung tidak mengendahkannya, bergerak ke arah bilik bacaan.

Yushu tercegat sambil melihat kelibat pemuda itu menghilang ke dalam taman sementara kot putih yang tersemat kemas dalam genggamannya itu menari-nari ditiup angin.

"Cik Puan?" Pembantu orang gaji itu bertanya dengan janggal. "Angin malam di luar ini kuat, Cik Puan patut masuk ke dalam."

Yushu segera mengangguk sebelum berkata lembut, "Pergi ke dapur dan sediakan makanan. Tuan mesti tengah lapar bila balik tengah lewat malam sebegini."

Pelayan wanita itu mengangguk dengan patuh, "Ya, hamba ini akan bergerak dulu. Cik Puan patut berehat, lagipun, Cik Puan ini masih nak sembuh."

Yushu bertegas, "Pergi saja."

Setelah pelayan wanita itu berpaling untuk beredar, Yushu juga telah berpaling hanya untuk melihat sebatang lilin yang dinyalakan di dalam bilik bacaan. Daripada cahaya lilin yang telah menerangi bilik tersebut, wanita ini boleh melihat sesusuk tubuh nipis yang sedang berdiri. Yushu tersenyum sebelum mengarahkan beberapa orang pembantu kediaman untuk bergerak ke bilik minum petang bersamanya di mana terdapat beberapa kotak teh segar yang baru sahaja tiba. Maka, bolehlah wanita ini membancuhkannya buat Xuan Mo nanti.

Berbalik pada bilik bacaan, Xuan Mo sedang membuka sehelai kertas Lanling segar sebelum membenamkan hujung berusnya ke dalam botol dakwat. Namun, buat masa yang sungguh lama, pemuda itu terduduk dan termenungjauh tanpa sekalipun menulis sebarang perkataan.

Dakwat yang terkumpul pada hujung berus itu telahpun menitik ke atas kertas Langling tadi, membentuk satu tompokan hitam yang besar. Akan tetapi, perkara itu langsung tidak disedari Xuan Mo yang masih sedang sibuk termenung.

Jiang Wu yang sedang berdiri di ceruk bilik lantas bertanya dengan penuh waspada, "Tuan, patut ke saya tukar kertas itu untuk Tuan?"

Xuan Mo memandang ke bawah untuk seketika dan dia terus merenyok-renyokkan kertas itu sebelum membuangnya ke atas lantas. Riak wajahnya masih kekal sama.

Jiang Wu terpana. Lagipun, setelah mengenali Xuan Mo selama lebih dari tujuh tahun, ia memang jelas menunjukkan yang pemuda itu kini tidak berada dalam angin yang baik.

Xuan Mo merentap sehelai lagi kertas dan merenung kertas kosong itu sebelum mula mencoret. Dalam masa yang singkat, dia telah menulis satu perenggan yang panjang sebelum menyerahkan kertas itu kepada Jiang Wu dan mengarahkan, "Perkara pertama yang kamu kena buat esok pagi ialah menghantar surat ini kepada Tuan tertinggi di Jabatan Upacara. Daripada situ, saya mahukan surat ini dihantar, diiringi, dan diberi secara peribadi kepada Yan Xun di Sempadan Baizhi."

Nächstes Kapitel