"Saya betul-betul nak cubit kamu sampai mati." Lu Guangli merengus.
Dia sudah berterus terang, tetapi fikiran perempuan ini masih mengarut. Dia benar-benar mahu menghimpit Tang Yichen pada dinding di mana-mana dan menciumnya hingga dia sedar.
Tetapi, ada seorang jururawat kemudiannya melewati koridor itu. Apabila dia ternampak mereka berdua, dia segera mendekatinya dan berkata, "Doktor Tang, Doktor Lin cari kamu."
"Okey, saya akan ke sana."
Selepas jururawat itu beredar, Tang Yichen juga berpusing untuk beredar, tetapi Lu Guangli segera menariknya. "Kamu nak ke mana? Kamu malu dengan saya ke? Saya dah lama tak jumpa cikgu kita."
"Kalau begitu, jom…" Tang Yichen membalas dengan gaya dungu.
Dia orang yang jenis kelihatan pintar luarannya, tetapi, realitinya, apabila ia melibatkan cinta, dia langsung tidak tahu apa-apa. Dia begitu dungu hingga membuatkan hati orang sakit.
Unterstützen Sie Ihre Lieblingsautoren und -übersetzer bei webnovel.com