Di dalam dewan mesyuarat Syarikat Hiburan Hai Rui, di bawah kerlipan lampu kamera, Fan Yu duduk di atas pentas dengan gaya yang tegas. Tangning yang pendiam dan tidak menonjolkan diri duduk di sebelahnya.
Para wartawan dan peminat pernah memuji Tangning kerana sikapnya yang mengasingkan diri dari dunia. Tetapi, kini mereka merasakan personaliti introvet dan merendah dirinya hanya satu lakonan untuk menyembunyikan tipu helahnya.
Mereka membenci Tangning. Mereka benar-benar mahu mengoyakkan topengnya dan membuangnya jauh daripada pandangan mereka supaya Tangning boleh sedar akan kuasa orang ramai yang menakutkan.
Unterstützen Sie Ihre Lieblingsautoren und -übersetzer bei webnovel.com