Selepas mendengar kata-kata ini, mata An Zihao terbeliak seraya bertukar merah kerana kemarahan. Kemudian, dia menarik Lan Xi dan bertanya dengan gigi yang diketapkan, "Yun Xin sudah meninggal. Tak bolehkah kamu lepaskan orang yang sudah meninggal?"
"Orang yang hidup pun saya tak kisah, kenapa saya nak kisah dengan orang yang sudah mati?" Lan Xi ketawa kecil sambil memandang An Zihao dengan matanya yang berkaca-kaca. "An Zihao, kita sudah berkawan bertahun-tahun lamanya. Kita yang berkawan, kenapa Tangning yang kamu tolong? Apa faedah yang Tangning beri kepada kamu? Adakah berbaloi untuk kamu lupakan persahabatan kita?"
"Tangning tak berikan saya apa-apa faedah. Tak seperti kamu, dia tak boleh berikan saya kemewahan dan kemahsyuran, tetapi… Lan Xi, di hadapan Tangning, saya rasa seperti manusia. Sekurang-kurangnya, dia tak terus-menerus mengugut saya…"
Unterstützen Sie Ihre Lieblingsautoren und -übersetzer bei webnovel.com