Lu Jingli memutuskan talian, dia kelihatan kecewa. Dia melihat ke arah abangnya yang sedang duduk di atas sofa dengan pandangan yang sedih. "Xiao Xi Xi tak nak datang. Dia cakap dia nak baca skrip, tapi dia perlukan masa untuk makan jugak kan? Hmm, mungkin saya yang terlalu sensitif. Kenapa saya rasa Xiao Xi Xi sengaja melarikan diri daripada saya?"
Lu Tingxiao tidak berkata apa-apa. Matanya kelihatan redup.
Lu Jingli mengusap dagunya sambil berkata, "Saya rasa ada yang tak kena dengan Xiao Xi Xi. Dari pagi tadi lagi dia dah pelik. Saya dapat rasakan yang dia takut dengan kamu. Dia macam cuba elakkan diri dari kamu dan dia nampak serba salah masa lihat kamu…"
Dalam erti kata tertentu, Lu Jingli kelihatan terlebih berwawasan.
Perasaan bersalah Ning Xi terhadap Lu Tingxiao telah disimpulkan dengan tepat oleh Lu Jingli.
Selepas Lu Jingli berkata begitu, riak muka Lu Tingxiao kelihatan lebih teruk.
Unterstützen Sie Ihre Lieblingsautoren und -übersetzer bei webnovel.com