"Kamu juga." Lelaki itu memandang gadis itu buat seketika sebelum beredar.
Sebaik sahaja dia mahu masuk ke dalam kereta, Ning Xi memanggilnya, "Lu Tingxiao..."
Lu Tingxiao berpaling dan memandangnya.
Ning Xi menggenggam tangannya, lalu melonggarkannya selepas seketika. Akhirnya, dia hanya melambai. "Hati-hati dalam perjalanan balik."
"Mmm"
...
Ning Xi berdiri dengan kaku buat masa yang lama setelah Lu Tingxiao beredar. Apabila dia berasa kebas pada seluruh badannya, barulah dia masuk ke dalam rumah.
Ada sesuatu yang dia perlu beritahu Lu Tingxiao...
Walaupun sukar...
Dia perlu menghapuskan hal itu hingga ke sudut yang paling dalam dan paling gelap meskipun itu bermakna dia perlu lalui kesengsaraan yang lain pula.
...
Keesokan pagi, Ning Xi pulang ke rumah untuk menukar pakaian sebelum pergi ke hospital.
Unterstützen Sie Ihre Lieblingsautoren und -übersetzer bei webnovel.com