Patutlah Ming Fangfang muncul di Qingdao. Rupa-rupanya dia sudah berkahwin dan berpindah ke sini!
Ning Xi serta-merta mengangkat ibu jarinya. "Hebat!"
Ming Fangfang berasa geli hati dengan reaksi Ning Xi. "Ya ke?"
"Mestilah! Sejujurnya, saya agak risau sebelum ni. Saya takut kamu berlembut hati! Saya boleh nampak yang kamu memang sayangkan Hu Hongda. Lagipun, kamu maafkan dia walaupun dia curang… tapi nasib baiklah kamu ni betul-betul kuat semangat! Kamu terus abaikan dia!" Ning Xi tunduk dengan penumbuknya yang dirapatkan sebagai tanda hormat.
Ming Fangfang tersenyum paksa. "Saya tak selemah yang kamu kata tu. Itu kerana saya teragak-agak dan biarkan keadaan tu bertahun-tahun… sehinggakan saya mungkin akan ulang kesilapan saya tu kalau Fang Ya tak muncul di rumah kami dan tunjukkan sikapnya yang sebenar!"
Unterstützen Sie Ihre Lieblingsautoren und -übersetzer bei webnovel.com