"Saya okay je. Saya dah tidur. Macam mana awak rasa hari ni?" tanya Lu Tingxiao.
Ning Xi menggelengkan kepalanya kemudian dia memandang mata lelaki itu. "Lu Tingxiao, ada apa-apa ke yang awak tak bagitau saya?"
Sebenarnya, dia sedar yang Lu Tingxiao menyembunyikan sesuatu daripadanya sejak mereka tiba di rumah. Dia boleh tahu ada sesuatu yang tidak kena daripada riak muka lelaki itu walaupun dia cuba menyembunyikannya.
Lu Tingxiao mendiamkan diri.
Sejak mereka pulang, Lu Tingxiao tidak dapat melupakan apa yang telah dikatakan oleh lelaki berambut perang itu terhadapnya walaupun dia mencuba sedaya upaya untuk melupakannya.
"Ketika dia berada dalam kesusahan, terseksa, tak berdaya dan sakit, saya yang ambil dia dan ajar dia kemahiran yang diperlukan untuk meneruskan kehidupan."
"Dia tinggal dalam dunia yang sama dengan saya."
"Dunia ni luas, tapi akhirnya dia akan sedar sebenarnya dia berada di pihak yang mana."
Unterstützen Sie Ihre Lieblingsautoren und -übersetzer bei webnovel.com