Dalam babak ini, Jiang Muye sedang menangis ambil memeluk seorang gadis. Babak itu tak ada apa-apa dialog atau bunyi pun, tapi ia betul-betul memberi kesan. Rasa pilu dalam babak itu dapat dirasakan seolah-olah seluruh dunia berasa sedih dan tak ada sepasang mata pun yang tidak bergenang di dalam panggung wayang itu.
Pengakhiran filem itu ialah babak bertahun-tahun kemudian di mana watak utama lelaki dan perempuan itu berjumpa semula di tepi jalan. Kredit untuk cerita itu muncul dan mengakhiri cerita itu dengan pengakhiran terbuka.
Walau bagaimanapun, ramai penonton yang tak sedar babak terakhir itu kerana mereka masih terperangkap dalam babak di mana Jiang Muye sedang menangis tadi kerana tarikan emosi yang terlalu kuat.
"Okey! Saya tarik balik kata-kata saya, saya tak perlukan duit saya semula… babak Jang Muye menangis tu betul-betul berbaloi"
"Sedihnya! Macam yang dah dijangka, bukan Muye yang bermasalah! Lakonan dia masih bagus!"
Unterstützen Sie Ihre Lieblingsautoren und -übersetzer bei webnovel.com