Ning Xi tercengang melihat markahnya yang teruk itu. "Ini mesti pakaian saya yang beri kesan kepada persembahan saya hari ni!"
Mo Lingtian ketawa dan memujuknya, "Itu dah cukup bagus. Sekurang-kurangnya, tembakan kamu kena pada sasaran!"
Lu Tingxiao menggosok lembut kepala Ning Xi dan turut melepaskan sebuah tembakan. Dia mendapat 6.2 markah, sedikit rendah dari markah yang diperolehi oleh Ning Xi.
Mo Lingtian menepuk-nepuk bahu Lu Tingxiao dan mengeluh, "Bro! Saya kagum dengan kamu! Ini mungkin markah paling rendah yang pernah kamu dapat seumur hidup kamu!"
Lu Tingxiao mendapat 6.2 markah... dan ia adalah sesuatu yang lebih mengejutkan dari mendapat 10 markah...
Ning Xi mengabaikan usikan Mo Lingtian. Dia mendekati Lu Tingxiao dengan gembira dan memuji, "Bos, hebatnya kamu!"
Lu Tingxiao baru sahaja ingin membuka mulut menjawab pujian Ning Xi bila telefon bimbitnya tiba-tiba berdering. Ia adalah panggilan dari rumah.
Unterstützen Sie Ihre Lieblingsautoren und -übersetzer bei webnovel.com