Semua orang mengalihkan pandangan mereka dan terbatuk kecil.
Satu pemandangan yang jarang dilihat! Lu Tingxiao sebelum ini sangat terkenal dengan personalitinya yang dingin dan tidak berperasaan. Tetapi, rupanya itu semua kerana dia masih belum bertemu dengan orang yang mampu mencairkan hatinya!
Rasa ingin tahu mereka semakin menebal. Kuasa apa yang si arnab kecil ini guna sehingga mampu memukau Lu Tingxiao hingga ke tahap ini?!
Ning Xi sedar yang semua orang sedang memandangnya. Malah, dia turut berasa seperti ada seseorang sedang memandangnya dengan pandangan yang sangat dingin...
Ning Xi mengerling ke arah Guan Ziyao. Dia meletakkan jari telunjuk di dagu dan berfikir dengan khusyuk sebelum bertanya kepada Lu Tingxiao, "Apa hubungan kamu dengan Guan Ziyao?"
"Keluarga kami rapat sejak kami kecil. Kami membesar bersama." Jawab Lu Tingxiao tanpa berselindung.
Unterstützen Sie Ihre Lieblingsautoren und -übersetzer bei webnovel.com