Di sebuah restoran.
"Hei, Puan Besar!" jerit seorang lelaki sambil melambai tangannya ke arah Ning Xi.
Lelaki itu masih berambut perang pendek. Dia masukkan sebelah tangannya ke dalam poket dan dia memakai pakaian seragam… pengawal keselamatan
Ning Xi hampir tersedak apabila melihat pakaian Tang Lang.
"Kamu teruja tak dapat jumpa saya?" usik lelaki itu. Kemudian, lelaki itu duduk di depan Ning Xi.
"Abang Senior Kedua, kamu betul-betul jadi pengawal keselamatan dekat pejabat Lu Tingxiao ke?" Walaupun Ning Xi dah tahu tentang perkara itu, dia masih rasa terkejut apabila melihat Tang Lang memakai pakaian seragam pengawal keselamatan dengan matanya sendiri.
"Ya! Kenapa? Bukan saya dah beritahu masa telefon dulu ke? Sebab kamu, Bos sendiri bagi saya cuti separuh hari!" Tang Lang menyentuh pinggangnya tanpa sedar. Mestilah ia bukan pistol, tapi sebatang cota elektrik.
Unterstützen Sie Ihre Lieblingsautoren und -übersetzer bei webnovel.com