Ning Xi tak sampai hati melihat ekspresi sedihnya. "Kak Zhizhi, awak boleh tolong dia tak?"
Ling Zhizhi mendiamkan diri buat seketika sebelum berkata, "Saya minta maaf Bro Ming, masalahnya saya pun tak pasti nak cari dia dekat mana."
Sebaik sahaja dia berkata sedemikian, Lei Ming terus jatuh pengsan.
Ning Xi dan Ling Zhizhi memandang sesama sendiri dengan penuh rasa terkejut sebelum mereka menggunakan kekuatan masing-masing untuk mengangkat Lei Ming ke atas sofa.
"Macam mana sekarang ni Kak Zhizhi?" Ning Xi bertanya dengan cemas.
Kegelisahan terpancar di ruang mata Ling Zhizhi. Akhirnya dia berkata, "Awak jaga Bro Ming dan panggil ambulan. Saya pergi cari Jiang Muye."
"Okay!" Ning Xi mengangguk.
Ning Xi baru sahaja mahu menghubungi ambulan selepas Ling Zhizhi pergi apabila tiba-tiba Lei Ming bangun dan duduk di atas sofa.
Ning Xi terkejut, "Apa?! Apa yang dah jadi ni? Bro Ming… awak tak pengsan ke?"
Unterstützen Sie Ihre Lieblingsautoren und -übersetzer bei webnovel.com